Tuesday, January 24, 2012

The Start Of My Life

Mine By Taylor Swift
"You are the best thing that ever been MINE"


Sebelum kisah Aku dimulakan, izinkan Aku menceritakan kisah insan tercinta, Ayah dan Ibu.


   Hujan sangat lebat, habis basah lencun kain kurung Ibuku. Bas yang lalu tidak mahu berhenti untuk mengambil penumpang. Mungkin terlihat hanya Ibu seorang sahaja di situ. Lama juga Ibu menunggu di perhentian bas yang semakin uzur itu.
   Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi motor berderum menghampiri. Dan kini ia betul-betul di hadapan perhentian bas. Ibu terpinga. Siapakah orang ini? Kemudian dia tidak menghiraukan orang itu. Penunggang mortorsikal itu mula membuka topi keledarnya dengan perlahan. Ala-ala slow motion gitu. Dia lelaki, tinggi, rupa paras pula boleh tahan. Nampak muda juga. Ditoleh mukanya ke arah Ibu. Ibu seperti mengenali orang itu. Oh! Dia ialah adik kepada majikan Ibu. MashaAllah. Apa dia buat di sini?
   Tiba-tiba, ada suara kedengaran. Lelaki itu mempelawa ibu menumpangnya. Pada mulanya ibu enggan dan memberi 1001 alasan. Tetapi setelah diajak berkali-kali dan diyakinkan oleh lelaki tersebut bahawa niatnya baik, Ibu akur dan menuruti lelaki itu. Lagipun hujan yang lebat itu tidak mungkin akan reda dalam waktu yang singkat. Hari pula semakin gelap.
    Rentetan daripada peristiwa itu, bermulalah kisah cinta antara Ibu dan lelaki itu yang kini Aku panggil Ayah. Kemudian, setelah beberapa bulan mengikat pertunangan dengan lafaz Bismillah, Ibu dinikahi Ayah pada 25 Dec.
    Lebih kurang setahun bergelar suami isteri, Aku dikandung ibu selama 9 bulan. Dan Aku dilahirkan pada 13 Oct 1994. Uniknya, Aku merupakan anak sulung dan cucu sulung PEREMPUAN dalam keluarga.


MOHAMMAD JOHAR + HABIBAH = AIN NADHIRAH

Sebenarnya, disebalik keunikan nama itu, ada cerita yang tersendiri. Pada mulanya namaku hendak diletakkan dengan nama AIN NATASYA oleh Ibu. Tetapi Ayah telah menggantikan NATASYA dengan NADHIRAH yang mempunyai maksud yang sangat puitis bila digabungkan dengan AIN. 'mata yang membahagiakan' Dan kini, nama NATASYA itu diberikan kepada adikku yang ke-4, ALIA NATASYA.

Semasa kecilku, aku disayangi, dimanjai semua orang. Sehinggakan Mak cik ku yang bongsu dan muda itu cemburu akan diriku. Macam-macam Aku lakukan semasa zaman kecilku.....Nantikan.