Saturday, September 29, 2012

Kejarlah cinta PENCIPTAmu sebelum kamu mengejar cinta CIPTAANNYA.


Bismillahi wassalamualaikum…
 Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad
Ayuh berselawat tanda kita  cintakan kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Melihat pada tajuk mestilah dah boleh dapat hint apa yang saya akan tulis. Hihi.
Cinta kepada Allah itu indah wahai saudaraku. Indah sangat. Ish speechless jadinya. Kalau sahaja saya kenal cinta Allah dari dulu. Kalau sahaja…. Namun tak boleh nak salahkan sesiapa. Ini sudah menjadi ketetapan Ilahi buat diri saya.
Sebelum tu izinkan saya meluruskan niat sebelum meneruskan penulisan ini.  Lillahita’aala.
Hidayah itu milik Allah. Harapan saya ketika mana ada yang membaca akan terbuka hatinya untuk kembali mentaatiMu wahai Allah.
Kalau dahulu hidup saya penuh dengan kegelisahan, kemurungan, dan banyak kekurangan. Kini Alhamdulillah.. semuanya berunsur ketenangan.
Klimaksnya ketika berada dalam peringkat awal remaja. Jiwa memberontak nak itu ini. Maka hubungan dengan PENCIPTA terasa terabai sekali.
Orang pakai berjenama, kita pon nak
Orang bercouple, kita pon nak
Orang bersosial, kita pon nak

Akan tetapi saya tetap bersyukur, tak pernah lah jadi apa yang dikehendaki sangat tu.
Kalau di lihat pada entri Ada Hikmah tu, ketahuilah diri ini tak pernah merasa nikmat couple tu apa. Dan tak mahu pon. Hehe. Ianya bukan nikmat lagi sekarang, tapi jadi alahan. Haha.

Kreatif sungguh kan kita bercinta dengan ciptaanNya. Tapi dengan Pencipta sendiri.. MasyaAllah
Padahal Allah lebih dahulu telah menyatakan kata cintaNya pada kita. Cuma kita sahaja yang tidak sedar. Padahal Allah lebih dahulu bersama kita ketika susah dan senang. Sejak azali Allah lah yang bersama kita. Sedangkan manusia sering datang dan pergi.

‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. ‘  (2:186)

Allah beri kita buku cinta(lagi best dari surat cinta BF/GF) untuk kita baca. Sebelum kita wujud lagi Allah dah berikan buku cinta yang mengandungi kata-kata cinta untuk kita. Tapi kita sahaja yang tidak mahu tadabbur Al-Quran. Kita sahaja yang malas. Dan akhirnya hinalah kita di sisi Allah.

Sedangkan bercinta dengan Allah itu sangat indah. (dah berkali dah saya mention ni).

Kalau kita selangkah menuju Allah, Allah lagi banyak langkah menuju kita.
Kalau kita berjalan menuju Allah, Allah akan berlari menuju kita.

Nikmat yang Allah bagi banyak sangat. Cuba ambil sehelai kertas sekarang dan tuliskan semua nikmat yang Allah pernah berikan kepadamu sejak kamu azali lagi.
Cukup?CUKUP?CUKUUUUUUUUUP?
Heeeeeee
Tak cukup kan… memang tak cukup. Even kalau cukup, kamu sebenarnya dah kehabisan akal untuk berfikir nikmat Allah yang mana lagi yang tidak kamu tulis.

Marilah bercinta dengan Allah. Mudah sahaja. Tak perlu jadi cantik. Tak perlu pandai, tak perlu hensem, tak perlu kaya. Itu semua tidak perlu.
Semua manusia sama sahaja pada Allah. Yang membezakan kita adalah yang bertakwa.

Jadi, tiada alasan untuk kita tidak menyatakan kecintaan kita kepada Allah. Kalau semua orang cintakan Allah dengan sebenar-benar cinta, takkan berlaku kerosakan di dunia ini. Takkan berlaku permusuhan di antara muslim sendiri. Semuanya baik-baik dan indah-indah belaka.

Luangkan lah masa malam mu untuk bermunajat kepada Allah. Luangkan lah masa senggang mu untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan Ummah. Buktikanlah kecintaanmu kepada Allah.
Wallahua’lam.


Ketenangan yang ku miliki


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Di kesempatan ini ingin sekali saya mengajak para pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah kembali ke menemui Allah sebelum kita.
Jangan lupa juga untuk terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita yang sedang berjuang siang dan malam.
Saya pasti umum mengetahui doa merupakan senjata mukmin. Maka gunakanlah keistimewaan yang ada pada diri kita sebagai umat Islam. Allah Maha mendengar segala sesuatu. Allah dengar doa kita. Cumanya tinggal lagi sama ada kita bersungguh-sungguh atau lalai sahaja dalam doa kita.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya diri ini dapat menulis lagi di sini.
Walaupun ambang FINAL Exam kian merapati, namun tidak menjadi alasan untuk ku terus melaksanakan tugas ku iaitu menyampaikan.
Tiba-tiba hilang mood untuk study malam ini (ketika ini saya sedang menulis pada waktu malam)
Puas saya cari ilham dan kekuatan untuk memulakan namun terasa hambar. Mungkin badan mula penat, otak pula memerlukan rehat. Saya patut berehat sebentar. Namun tak bermakna saya boleh membiarkan diri hanyut dengan perkara yang melalaikan. Maka dengan itu, saya ambil keputusan untuk menulis di sini. Untuk tatapan umat. Untuk pembangunan ummah. Moga-moga ada hati yang bakal tersentuh. Moga-moga ada hati yang diberi hidayah dan sinar Islam kepadanya.
Sama-sama kita luruskan niat dalam mengerjakan segala sesuatu.  Lillahita’aala!
Ketika mana sahabat-sahabat  yang saya sayangi kerana Allah sedang berjihad dengan ‘study’ mereka (membuat persediaan untuk FINAL EXAM). Saya sedang diatas tilam menulis bait-bait perkataan diruangan terpencil ini. Hanya ditemani roommate kesayangan yang juga sama tiada mood pada malam ini. Cuma, cara beliau agak sedikit berbeza (takpelah dia pandai.hehe).
Tipulah jika saya tidak risau akan kedatangan FINAL EXAM. Malah sayalah yang patut menjadi orang yang paling risau di dalam rumah ini. Apabila diri ini dikelilingi orang-orang yang pandai belaka, diri ini terasa kecil sekali.  Saya yakin mereka menjadi pandai sebegitu kerana usaha mereka sedangkan saya usaha sedikit sekali. Maka setimpallah dengan keputusan yang saya dapat.
Tapi, entah mengapa. Sejak kembali mendekatkan diri kepada Allah hati ini berasa tenteram sahaja. Benarlah firman Allah;

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram. (13:28)

Ketika mana saya menjawab soalan peperiksaan saya merasakan ketenangan yang teramat sanagt berbeza dengan keadaan sebelum ini.
Dan ketika mana saya selesai menjawab, hati merasa tenang. Bila diingatkan balik, mungkin sekali kerana ingat kepada Allah.
Berulang kali hati berbicara; ‘takpelah, bersyukur lah sebab kau dapat jawab banyak jugak ni. Sekarang bertawakallah pada Allah. Segala keputusan ditangan Allah. Dia tahu apa terbaik untuk kau. Orang lain mungkin tak dapat jawab macam mana banyak kau jawab(padahal saya jawab sikit je). Tapi tetaplah bersyukur. ‘
Ketika itu saya hanya berharap agar lulus pun jadilah, Ya Allah…
Selang seminggu hari peperiksaan itu, saya terima kembali kertas saya (maknanya dapat result lah). Walaupun tak banyak (memang tak banyak pon). Entah kenapa hati tetap bersyukur dan bertahmid kepada Allah atas pemberiannya itu. Sangat serius. Memang tak banyak. Setengah je kot dari full mark. Tapi entahlah.. hati tetap tenang dan siap suruh diri ini bersabar dan terus berusaha kerana  ini bukan penghujungnya. Nilaian nombor itu tak menjamin saya untuk menjadi lebih kaya atau lebih miskin. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan segala sesuatu.
Akan tetapi, bila dilihat sahabat-sahabat yang mendapat markah jauh jauh jauuuuuuuuh lebih tinggi dari saya. Dan bila ditanyakan kepada mereka

‘berapa kau dapat?’ “Alah, sikit je”

Seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan rahmat Allah. Benarlah manusia itu tidak pernah puas. Sering nak kan lagi dan lagi. Tapi, saya tak mahu menghukum mereka. Dan janganlah kalian menghukum mereka. Mungkin mereka mencuba merendahkan diri dan hati supaya tidak timbulnya riak dalam diri mereka. Teruskan lah bersangka baik.
Cuma  alangkah baik jika kerendahan hati disertakan dengan tahmid dan ucapan syukur pada-Nya.
Murobbiah saya selalu mengingatkan sebagai seorang pelajar,

 jangan pernah menjadi HAMBA STUDY jadilah HAMBA ALLAH.

Janganlah  asyik study tanpa niat yang betul dan meletakkan kebergantungan kepada study. Itu masalah akidah jadinya. Anggaplah study itu salah satu cabang usaha kita.
Kerana masih ramai yang berkira-kira masa dengan Allah.
·         Melewat-lewatkan solat
·         Tidak bertilawah
·         Mengambil tahu masalah umat
Dan tidak melakukan ibadah-ibadah lain kerana takut menganggu masa yang ada atau yang diperuntukkan untuk study. Masa itu Allah yang beri pada kita. Jika Allah nak ambil dari kita… padanlah muka kita.
Janganlah stay up sampai 2 3 pagi untuk study tapi SUBUH 7 8 pagi… Astaghfirullah..
Nabi tak pernah ajar kita supaya jadi macam itu. Macam mana nak dapat keberkatan kalau solat pon tak mampu kita jaga.
Muhasabahlah diri kita balik. Kalau kita boleh habiskan masa dengan main game, menonton cerita korea, menonton cerita barat, membaca novel cinta, membaca komik jepun, melayari mukabuku, mengupdate burung kicau.. tanyalah mana pergi masa kita untuk solat awal waktu, tahajjud, dhuha, taubat, tilawah, tadabbur, membaca novel islamik, membaca kisah tokoh-tokoh Islam/para sahabat, melayari blog-blog islam, mendengar taklim, menghadirkan diri ke halaqah dan sebagainya.
Tanya diri kita sekarang sebelum Allah tanya dirimu kelak.
Alhamdulillah, Allah memberi ketenangan kepada hambaNya yang hina ini hanya dengan mengingatiNya. Alhamdulillah, diri ini masih terus bersangka baik dengan Allah, diri ini masih terus mengharap redha Allah, diri ini masih terus mengharapkan yang terbaik dari Allah.
Terima kasih buat ketenangan yang ku miliki ini, Ya Allah..

Teringatkan akan saudaraku..Merindukan Kekasihku…


Dimulakan dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda yang mulia.
Tak dilupakan para mujahid mujahidah, pejuang agama yang sentiasa mengibarkan panji-panji La’ilahaillah Muhammad Rasulullah.. dan khasnya buat mereka yang gugur syahid di jalan-jalan kebenaran. Semoga Allah merahmati roh mereka.
Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang oleh Penciptaku untuk terus bernafas di muka bumi ini. Aku masih berpeluang perbaiki kelemahan diri ini, bertaubat dan menambah lagi amalan soleh. Masih dapat mencoretkan beberapa penulisan buat tatapan umat.
Sesungguhnya Allah lah yang memberi kelapangan kepada ku.

InsyaAllah, aku takkan mempersiakan kelapangan yang Dia berikan..
Sesetengah menghabiskan kelapangan waktu dengan MUKA BUKU
Sesetengah dengan STUDY
Ada pula dengan MELEPAK
Ada juga dengan MENONTON
Dan pelbagai lagi aktiviti

Namun tidak ku lupakan.. Ada sesetengah diantara mereka masih tetap menggunakan masa dengan sebaiknya..
Manusia ini, bila sesuatu yang diharapkan ada di depan mata.. tak pernah mencuba hendak menghargainya. Sebaliknya, mempersiakannya dengan begitu sahaja.
Bila ianya hilang dari sisi, baru gelisah, sibuk mencari, sibuk mengeluh itu dan ini.

Maka, gunakanlah masa dengan sebaiknya. Kerana kelak kita akan ditanya “Dengan apakah masa mudamu kau habiskan?”

Beberapa hari ini emosiku agak terganggu..banyak diam dari berkata-kata. Mungkin itu terbaik. Kerana jika banyak perkataan banyaklah salahnya, dan bila banyaknya salah banyak pula dosanya.

Sebenarnya, aku teringatkan saudaraku. Baik di Rohingya, di Syria, di Bumi Anbia (PALESTIN) khasnya, yang tak pernah sunyi dari penindasan demi penindasan, peperangan demi peperangan. entah bila bakal berakhir.
Ya Rabbi, sayunya hati mengenang kembali ketika kali pertama Islam mencapai kemenangan dalam Perang Badar.
Kini umat Islam terkontang-kanting, terkapai-kapai, terombang-ambing di sana sini.
Kalau umat Islam di Palestin syahid kerana mempertahankan diri, Negara dan ISLAM, umat Islam di Malaysia ini syahid kerana merosakkan diri, memporak-perandakan Negara dan meruntuhkan agama yang suci, Islam..

Saudara-saudaraku… Aku rindukan kamu semua..
Aku rindu semangatmu, aku rindu ketabahanmu..
Anak-anak kecil yang berumur lingkungan kanak-kanak sekolah rendah, di Palestin, di Syria mereka ditembak, dibom, disembelih oleh para musuh Islam.
Padahal, berbeza di Negara ku yang mana kanak-kanak yang berusia seperti mereka berpeluang bergelak ketawa, bersuka ria, bermain-main dan tak perlu memikirkan bila ajal akan tiba.
Ada antara anak-anak itu bertanyakan ‘Bilakah masa ku akan tiba (untuk dibunuh)’
Ya Rabbi, sampai begitu sekali semangat juang mereka..

Namun, berapa ramai umat Islam yang sedar akan hal ini? Berapa ramai umat Islam yang peduli akan hal ini? Berapa ramai diantara kaum pernah memikirkan keadaan saudara kita? Berapa ramai?
Jawapannya mudah… Tak RAMAI.
Paling-paling tidak pun hari ini kamu sibuk mencela perbuatan musuh Islam, esok lusa pula kamu mendokong perbuatan mereka dalam kamu tidak sedar.
Inikah sikap umat Islam? Umat Nabi Muhammad yang baginda rindui?
AllahuRabbi.. Ampunkan hamba-hambaMu yang hina ini Ya Allah..

Hanya berkata-kata kamu benci Israel, hanya berkata-kata kamu benci Amerika belum cukup wahai saudaraku.. belum cukup..
Sedang hatimu masih suka berbuat lagha. Sedang hatimu masih sukakan hiburan melalaikan. Andai kamu semua sedar yang kamulah telah menghina agama sendiri.
Kenapa ku katakan kita ini; umat Islam telah menghina Agama sendiri? Kerana Akhlak kita. Akhlak kita yang buruk itu telah memudahkan pihak musuh menyerang kita dari pelbagai sisi.
Akhlak Nabi Muhammad s.a.w adalah yang tertinggi yang patut kita contohi. Kerana akhlak baginda yang mulia, ramai tertarik dengan Islam. Tetapi kerana akhlak kita yang hina, ramai yang  menghina Islam..
Masakan tidak, yang dijadikan idola, yang dijadikan ikutan, yang dijadikan sanjungan adalah orang kafir..
Sibuk tiru gaya Korea,  sibuk layan Hindustan, sibuk tiru pembinaan Negara Barat, sibuk dengar lagu hard metal, sibuk mengagungkan falsafah barat.
Contoh –contoh Islam langsung tak mahu ikut. Padanlah hati menjadi keras.

Ketika aku sedang membaca Surah Maryam… kedengan suara keriuhan di luar bilik.
Ku intai dengan badanku masih bertelekung. Ku lihat 2 buah beg kertas dengan lambang  ‘M’ padanya. Ya Allah, pertama kali ku rasakan bagai hatiku disiat-siat bila melihat lambang tersebut. Rakanku mengajak untuk makan bersama namun aku melihatnya sahaja sudah tidak mampu apatahlagi mahu menjamahnya. Aku berhelah dari memakannnya.
Hati aku sedih sekali. Masih ramai umat Islam yang memandang enteng isu BOIKOT. Berapa ramai orang Melayu yang ku lihat berada di tempat terkutuk itu.. Ampunkan lah mereka Ya Allah.. mereka belum tahu.
Kenapa aku tak sanggup nak menjamahnya?
Kerana aku terbayangkan saudara-saudara se-Islam ku diluar sana yang dibunuh setiap hari hasil dari penjualan makanan itu.
Bagaimana aku tergamak untuk memakan makanan itu? Terbau-bau darah mereka. Ternampak-nampak daging-daging mereka. Terlihat-lihat mayat mereka. Oh sesungguhnya aku tidak sanggup. Tak terdaya aku.
Kuasa BOIKOT sebenarnya sangat efisien jika semua umat Islam mengambil berat.
Tapi terlalu sedikit yang menyedarinya. Terlalu sedikit yang mempedulikannya.
Ketika mana rakanku menjamah makanan itu. Aku tak sanggup melihatnya. Hati ini terasa dirobek-robek mengenang saudaraku yang terbunuh hasil jualan makanan itu.
Aku takut saudara-saudaraku yang syahid akan menuntut kelak diakhirat sana. Aku takut azab Allah.

Inilah serba sedikit perkongsian dari hati kecil ku. Aku tidak menghukum mereka. Mungkin belum terkesan di hati mereka sebagaimana terkesan di hatiku. Mungkin Allah belum lagi membukakan mata hati mereka.
Aku tak layak untuk berasa diri mulia dari mereka sedang diri ini banyak berbuat dosa..
Oleh itu, ambillah sedikit masa untuk bersama kita renungkan dan bersamalah kita perbaiki diiri. Menjadi muslim yang sejati. Semoga beroleh syurga Ilahi.
Masa ku tidak lah banyak untuk ku update blog selalu. Namun InsyaAllah akan ku cuba demi pembangunan Ummah. Demi menyahut seruan Allah dan Rasulullah .