Showing posts with label motivates. Show all posts
Showing posts with label motivates. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Hakikat kehidupan kita


Ternyata hanya 1 JAM 30 MINIT sahaja umur kita.

Mari kita lihat berdasarkan Al-Quran sebagai sumber kebenaran yang hakiki.

1 hari akhirat = 1000 tahun.24 jam akhirat = 1000 tahun.3 jam akhirat = 125 tahun.1 jam 30 minit akhirat = 62.5 tahun.

Apabila umur manusia rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1 JAM 30 MINIT saja. Patutlah kita selalu diingatkan masalah waktu.

Ternyata hanya satu  jam setengah saja yang akan menentukan kehidupan abadi kita kelak, hendak di Syurga atau Neraka. (QS. 35:15, 4:170).

Cuma satu  jam setengah saja cubaan hidup, maka bersabarlah. (QS. 74:7, 52:48, 39:10) 

Demikian juga hanya satu  jam setengah saja kita harus menahan nafsu dan mengganti dgn sunnahNya. (QS. 12:53, 33:38).

"Satu Jam Setengah" sebuah perjuangan yang teramat singkat dan Allah akan mengganti dengan syurga Redha Allah. (QS. 9:72, 98:8, 4:114)

Maka berjuanglah untuk mencari bekal perjalanan panjang nanti. (QS. 59:18, 42:20, 3:148, 28:77)

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui." (QS. 23:114)

# Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalanan hidup kita ini...

Thursday, October 18, 2012

Cuti.. Bagaimana memanfaatkannya?

Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya untukNya pemilik sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, utusan terakhir; Nabi Muhammad SallahuAlaihiWassalam. Tidak dilupakan ahli keluarga Baginda, para sahabat yang tinggi darjatnya, para syahid dan syahidah yang gagah berani mempertahankan Islam, semoga mereka dirahmati dan diredhai oleh Allah hendaknya..

Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah kerana beri kami:Palamians untuk merasa cuti semester selama sebulan. hihi. saya tahu, ramai rakan seperjuangan yang lain jeles. sahabat di Matrik, di kolej Swasta, dan sebagainya.Tak mengapa, tempat anda juga ada keistimewaan masing-masing. Cumanya, mungkin kali ini kami lebih bernasib baik.

Walau dimana pun sahabat, saudara ku berada. Ingatlah Allah, takutlah kepadaNya dan jangan lupa mengucap syukur kepadaNya. Teruskan perjuangan mu wahai saudaraku. Menuntut ilmu juga adalah jihad. Maka, sertakanlah dengan niat kerana Allah bukan hanya kerana keduniaan semata.

Jadi,
marilah sama-sama kita manfaatkan cuti.
CHOP!!
bukan manfaatkan cuti dengan berbuat perkara lagha sepertiiii

-menonton cerita-cerita atau drama-drama yang tidak membawa kepada pemantapan iman malah menjurus kepada lemahnya iman. untuk spesifikasi; drama dan movie Korea lah kan..
-keluar berjalan-jalan ke sana sini tanpa tujuan yang sebenar. tak perlulah keluar hanya untuk Window Shopping.
-bermain game dari pagi sampai ke malam dan dari malam sampai ke pagi. itu tak bagus untuk kesihatan dan paling tidak bagus untuk perkembangan otak.


Ehhhhh. banyaklah kalau nak cerita kat sini. Sampai buntu nak menulisnya. huhuhu..

Silalah manfaatkan hari-hari dan masa-masa lapang anda dengan sebaiknya. Sebab kita tak tahu bila masa lapang itu Allah akan tarik balik dan beri pula kepada kita masa sempit.

Macam mana?
hurm...... tolonglah.. Saya pun bukanlah seorang yang pandai menguruskan masa. Selalu jugak ter'slack' sana sini. Adeh. Yang pentingnya Planning lah malam sebelum esoknya nak buat apa. InsyaAllah ia membantu.

Dan buat yang sudah mengikuti Halaqah dan Usrah, jangan pula menganggap waktu cuti ini sebagai waktu untuk men'cuti'kan diri pula. Ingat!! di Halaqah apa yang diajar itu teori, bila di rumah tanggungjawab kita untuk praktik.
Jangan lupa mutaba'ah kita. Jangan lupa untuk saling memperingatkan. okay??

hurm, apa nak buat cuti ni? any idea.
Haih.. okay, cukuplah mengeluh
Baiklah. antara cadangannya adalah..

-sila bangun pagi supaya anda dapat menikmati hari-hari anda tanpa berkurangnya masa. eceh. Diri sendiri pun bangun lambat. ish, tapi tak boleh nak salahkan jugak sebab Allah bagi cuti maka saya pun ambil kesempatan. MasyaAllah, tak patut sungguh. Janganlah mencontohi diri ini dari aspek ini, ye. hehe.

-Kurangkan menonton televisyen, kalau boleh tak perlu 'switch on' langsung. Banyak yang tak berfaedah daripada yang berfaedah. kalau dah bukak satu program mesti nak bukak yang lain juga. So, conclusion: switch off!

-Kalau diri merupakan seorang yang dahagakan ilmu dan keadaan waktu itu sangatlah membosankan, pergilah 'switch on your laptop' dan carilah informasi terkini sebaiknya informasi tentang pelajaran, tentang negara, dan segalanya yang membawa kepada perkembangan otak. Dan lebih baik lagi, jika kita tambah kan ilmu kita dengan ilmu ukhrawi. Mungkin membaca artikel akan agak membosankan, maka boleh cuba dengar atau tonton ceramah kat YouTube ke.. Menonton video ceramah UAI sangat BEST.

-kalau anda seorang yang tak reti duduk diam di rumah macam spesis adik saya, (sebab saya suka menghabiskan masa terperuk di rumah) bolehlah beriadhah pada waktu petang tu. Ataupun kalau nak keluar sangat boleh tak salah cuma kena tahu hala tuju dan tujuan. Jangan melencong, terbabas ke apa ke. dan kalau boleh keluarlah dengan mahram atau kawan yang sama jantina. Jangan lupa jaga pandangan dan jaga batasan pergaulan.

-Untuk seseorang yang dos rajinnya terlebih, bolehlah meningkatkan kepakaran anda dalam mengemas rumah dan juga memasak. Macam saya, kalau dah dos rajin meluap-luap dan bosan pun makin meningkat, apa lagi dikeluarkan segala bahan yang ada di dapur untuk dijadikan makanan. *How I Love Baking*
Seronok tau memasak. tapi tak seronok bila tak sedap atau tak jadi. hihi. But, tak salah mencuba. Belajar dari kesilapan itu kan kemestian.

Baiklah.. Ini hanyalah idea. Anda lebih bijak dari saya untuk mengatur hidup anda dan menguruskan masa anda. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala cumanya jangan pernah lupakan Allah dan selalulah perbaharui niatmu keranaNya..

Saturday, September 29, 2012

Kejarlah cinta PENCIPTAmu sebelum kamu mengejar cinta CIPTAANNYA.


Bismillahi wassalamualaikum…
 Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad
Ayuh berselawat tanda kita  cintakan kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Melihat pada tajuk mestilah dah boleh dapat hint apa yang saya akan tulis. Hihi.
Cinta kepada Allah itu indah wahai saudaraku. Indah sangat. Ish speechless jadinya. Kalau sahaja saya kenal cinta Allah dari dulu. Kalau sahaja…. Namun tak boleh nak salahkan sesiapa. Ini sudah menjadi ketetapan Ilahi buat diri saya.
Sebelum tu izinkan saya meluruskan niat sebelum meneruskan penulisan ini.  Lillahita’aala.
Hidayah itu milik Allah. Harapan saya ketika mana ada yang membaca akan terbuka hatinya untuk kembali mentaatiMu wahai Allah.
Kalau dahulu hidup saya penuh dengan kegelisahan, kemurungan, dan banyak kekurangan. Kini Alhamdulillah.. semuanya berunsur ketenangan.
Klimaksnya ketika berada dalam peringkat awal remaja. Jiwa memberontak nak itu ini. Maka hubungan dengan PENCIPTA terasa terabai sekali.
Orang pakai berjenama, kita pon nak
Orang bercouple, kita pon nak
Orang bersosial, kita pon nak

Akan tetapi saya tetap bersyukur, tak pernah lah jadi apa yang dikehendaki sangat tu.
Kalau di lihat pada entri Ada Hikmah tu, ketahuilah diri ini tak pernah merasa nikmat couple tu apa. Dan tak mahu pon. Hehe. Ianya bukan nikmat lagi sekarang, tapi jadi alahan. Haha.

Kreatif sungguh kan kita bercinta dengan ciptaanNya. Tapi dengan Pencipta sendiri.. MasyaAllah
Padahal Allah lebih dahulu telah menyatakan kata cintaNya pada kita. Cuma kita sahaja yang tidak sedar. Padahal Allah lebih dahulu bersama kita ketika susah dan senang. Sejak azali Allah lah yang bersama kita. Sedangkan manusia sering datang dan pergi.

‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. ‘  (2:186)

Allah beri kita buku cinta(lagi best dari surat cinta BF/GF) untuk kita baca. Sebelum kita wujud lagi Allah dah berikan buku cinta yang mengandungi kata-kata cinta untuk kita. Tapi kita sahaja yang tidak mahu tadabbur Al-Quran. Kita sahaja yang malas. Dan akhirnya hinalah kita di sisi Allah.

Sedangkan bercinta dengan Allah itu sangat indah. (dah berkali dah saya mention ni).

Kalau kita selangkah menuju Allah, Allah lagi banyak langkah menuju kita.
Kalau kita berjalan menuju Allah, Allah akan berlari menuju kita.

Nikmat yang Allah bagi banyak sangat. Cuba ambil sehelai kertas sekarang dan tuliskan semua nikmat yang Allah pernah berikan kepadamu sejak kamu azali lagi.
Cukup?CUKUP?CUKUUUUUUUUUP?
Heeeeeee
Tak cukup kan… memang tak cukup. Even kalau cukup, kamu sebenarnya dah kehabisan akal untuk berfikir nikmat Allah yang mana lagi yang tidak kamu tulis.

Marilah bercinta dengan Allah. Mudah sahaja. Tak perlu jadi cantik. Tak perlu pandai, tak perlu hensem, tak perlu kaya. Itu semua tidak perlu.
Semua manusia sama sahaja pada Allah. Yang membezakan kita adalah yang bertakwa.

Jadi, tiada alasan untuk kita tidak menyatakan kecintaan kita kepada Allah. Kalau semua orang cintakan Allah dengan sebenar-benar cinta, takkan berlaku kerosakan di dunia ini. Takkan berlaku permusuhan di antara muslim sendiri. Semuanya baik-baik dan indah-indah belaka.

Luangkan lah masa malam mu untuk bermunajat kepada Allah. Luangkan lah masa senggang mu untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan Ummah. Buktikanlah kecintaanmu kepada Allah.
Wallahua’lam.


Ketenangan yang ku miliki


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Di kesempatan ini ingin sekali saya mengajak para pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah kembali ke menemui Allah sebelum kita.
Jangan lupa juga untuk terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita yang sedang berjuang siang dan malam.
Saya pasti umum mengetahui doa merupakan senjata mukmin. Maka gunakanlah keistimewaan yang ada pada diri kita sebagai umat Islam. Allah Maha mendengar segala sesuatu. Allah dengar doa kita. Cumanya tinggal lagi sama ada kita bersungguh-sungguh atau lalai sahaja dalam doa kita.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya diri ini dapat menulis lagi di sini.
Walaupun ambang FINAL Exam kian merapati, namun tidak menjadi alasan untuk ku terus melaksanakan tugas ku iaitu menyampaikan.
Tiba-tiba hilang mood untuk study malam ini (ketika ini saya sedang menulis pada waktu malam)
Puas saya cari ilham dan kekuatan untuk memulakan namun terasa hambar. Mungkin badan mula penat, otak pula memerlukan rehat. Saya patut berehat sebentar. Namun tak bermakna saya boleh membiarkan diri hanyut dengan perkara yang melalaikan. Maka dengan itu, saya ambil keputusan untuk menulis di sini. Untuk tatapan umat. Untuk pembangunan ummah. Moga-moga ada hati yang bakal tersentuh. Moga-moga ada hati yang diberi hidayah dan sinar Islam kepadanya.
Sama-sama kita luruskan niat dalam mengerjakan segala sesuatu.  Lillahita’aala!
Ketika mana sahabat-sahabat  yang saya sayangi kerana Allah sedang berjihad dengan ‘study’ mereka (membuat persediaan untuk FINAL EXAM). Saya sedang diatas tilam menulis bait-bait perkataan diruangan terpencil ini. Hanya ditemani roommate kesayangan yang juga sama tiada mood pada malam ini. Cuma, cara beliau agak sedikit berbeza (takpelah dia pandai.hehe).
Tipulah jika saya tidak risau akan kedatangan FINAL EXAM. Malah sayalah yang patut menjadi orang yang paling risau di dalam rumah ini. Apabila diri ini dikelilingi orang-orang yang pandai belaka, diri ini terasa kecil sekali.  Saya yakin mereka menjadi pandai sebegitu kerana usaha mereka sedangkan saya usaha sedikit sekali. Maka setimpallah dengan keputusan yang saya dapat.
Tapi, entah mengapa. Sejak kembali mendekatkan diri kepada Allah hati ini berasa tenteram sahaja. Benarlah firman Allah;

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram. (13:28)

Ketika mana saya menjawab soalan peperiksaan saya merasakan ketenangan yang teramat sanagt berbeza dengan keadaan sebelum ini.
Dan ketika mana saya selesai menjawab, hati merasa tenang. Bila diingatkan balik, mungkin sekali kerana ingat kepada Allah.
Berulang kali hati berbicara; ‘takpelah, bersyukur lah sebab kau dapat jawab banyak jugak ni. Sekarang bertawakallah pada Allah. Segala keputusan ditangan Allah. Dia tahu apa terbaik untuk kau. Orang lain mungkin tak dapat jawab macam mana banyak kau jawab(padahal saya jawab sikit je). Tapi tetaplah bersyukur. ‘
Ketika itu saya hanya berharap agar lulus pun jadilah, Ya Allah…
Selang seminggu hari peperiksaan itu, saya terima kembali kertas saya (maknanya dapat result lah). Walaupun tak banyak (memang tak banyak pon). Entah kenapa hati tetap bersyukur dan bertahmid kepada Allah atas pemberiannya itu. Sangat serius. Memang tak banyak. Setengah je kot dari full mark. Tapi entahlah.. hati tetap tenang dan siap suruh diri ini bersabar dan terus berusaha kerana  ini bukan penghujungnya. Nilaian nombor itu tak menjamin saya untuk menjadi lebih kaya atau lebih miskin. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan segala sesuatu.
Akan tetapi, bila dilihat sahabat-sahabat yang mendapat markah jauh jauh jauuuuuuuuh lebih tinggi dari saya. Dan bila ditanyakan kepada mereka

‘berapa kau dapat?’ “Alah, sikit je”

Seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan rahmat Allah. Benarlah manusia itu tidak pernah puas. Sering nak kan lagi dan lagi. Tapi, saya tak mahu menghukum mereka. Dan janganlah kalian menghukum mereka. Mungkin mereka mencuba merendahkan diri dan hati supaya tidak timbulnya riak dalam diri mereka. Teruskan lah bersangka baik.
Cuma  alangkah baik jika kerendahan hati disertakan dengan tahmid dan ucapan syukur pada-Nya.
Murobbiah saya selalu mengingatkan sebagai seorang pelajar,

 jangan pernah menjadi HAMBA STUDY jadilah HAMBA ALLAH.

Janganlah  asyik study tanpa niat yang betul dan meletakkan kebergantungan kepada study. Itu masalah akidah jadinya. Anggaplah study itu salah satu cabang usaha kita.
Kerana masih ramai yang berkira-kira masa dengan Allah.
·         Melewat-lewatkan solat
·         Tidak bertilawah
·         Mengambil tahu masalah umat
Dan tidak melakukan ibadah-ibadah lain kerana takut menganggu masa yang ada atau yang diperuntukkan untuk study. Masa itu Allah yang beri pada kita. Jika Allah nak ambil dari kita… padanlah muka kita.
Janganlah stay up sampai 2 3 pagi untuk study tapi SUBUH 7 8 pagi… Astaghfirullah..
Nabi tak pernah ajar kita supaya jadi macam itu. Macam mana nak dapat keberkatan kalau solat pon tak mampu kita jaga.
Muhasabahlah diri kita balik. Kalau kita boleh habiskan masa dengan main game, menonton cerita korea, menonton cerita barat, membaca novel cinta, membaca komik jepun, melayari mukabuku, mengupdate burung kicau.. tanyalah mana pergi masa kita untuk solat awal waktu, tahajjud, dhuha, taubat, tilawah, tadabbur, membaca novel islamik, membaca kisah tokoh-tokoh Islam/para sahabat, melayari blog-blog islam, mendengar taklim, menghadirkan diri ke halaqah dan sebagainya.
Tanya diri kita sekarang sebelum Allah tanya dirimu kelak.
Alhamdulillah, Allah memberi ketenangan kepada hambaNya yang hina ini hanya dengan mengingatiNya. Alhamdulillah, diri ini masih terus bersangka baik dengan Allah, diri ini masih terus mengharap redha Allah, diri ini masih terus mengharapkan yang terbaik dari Allah.
Terima kasih buat ketenangan yang ku miliki ini, Ya Allah..

Teringatkan akan saudaraku..Merindukan Kekasihku…


Dimulakan dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda yang mulia.
Tak dilupakan para mujahid mujahidah, pejuang agama yang sentiasa mengibarkan panji-panji La’ilahaillah Muhammad Rasulullah.. dan khasnya buat mereka yang gugur syahid di jalan-jalan kebenaran. Semoga Allah merahmati roh mereka.
Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang oleh Penciptaku untuk terus bernafas di muka bumi ini. Aku masih berpeluang perbaiki kelemahan diri ini, bertaubat dan menambah lagi amalan soleh. Masih dapat mencoretkan beberapa penulisan buat tatapan umat.
Sesungguhnya Allah lah yang memberi kelapangan kepada ku.

InsyaAllah, aku takkan mempersiakan kelapangan yang Dia berikan..
Sesetengah menghabiskan kelapangan waktu dengan MUKA BUKU
Sesetengah dengan STUDY
Ada pula dengan MELEPAK
Ada juga dengan MENONTON
Dan pelbagai lagi aktiviti

Namun tidak ku lupakan.. Ada sesetengah diantara mereka masih tetap menggunakan masa dengan sebaiknya..
Manusia ini, bila sesuatu yang diharapkan ada di depan mata.. tak pernah mencuba hendak menghargainya. Sebaliknya, mempersiakannya dengan begitu sahaja.
Bila ianya hilang dari sisi, baru gelisah, sibuk mencari, sibuk mengeluh itu dan ini.

Maka, gunakanlah masa dengan sebaiknya. Kerana kelak kita akan ditanya “Dengan apakah masa mudamu kau habiskan?”

Beberapa hari ini emosiku agak terganggu..banyak diam dari berkata-kata. Mungkin itu terbaik. Kerana jika banyak perkataan banyaklah salahnya, dan bila banyaknya salah banyak pula dosanya.

Sebenarnya, aku teringatkan saudaraku. Baik di Rohingya, di Syria, di Bumi Anbia (PALESTIN) khasnya, yang tak pernah sunyi dari penindasan demi penindasan, peperangan demi peperangan. entah bila bakal berakhir.
Ya Rabbi, sayunya hati mengenang kembali ketika kali pertama Islam mencapai kemenangan dalam Perang Badar.
Kini umat Islam terkontang-kanting, terkapai-kapai, terombang-ambing di sana sini.
Kalau umat Islam di Palestin syahid kerana mempertahankan diri, Negara dan ISLAM, umat Islam di Malaysia ini syahid kerana merosakkan diri, memporak-perandakan Negara dan meruntuhkan agama yang suci, Islam..

Saudara-saudaraku… Aku rindukan kamu semua..
Aku rindu semangatmu, aku rindu ketabahanmu..
Anak-anak kecil yang berumur lingkungan kanak-kanak sekolah rendah, di Palestin, di Syria mereka ditembak, dibom, disembelih oleh para musuh Islam.
Padahal, berbeza di Negara ku yang mana kanak-kanak yang berusia seperti mereka berpeluang bergelak ketawa, bersuka ria, bermain-main dan tak perlu memikirkan bila ajal akan tiba.
Ada antara anak-anak itu bertanyakan ‘Bilakah masa ku akan tiba (untuk dibunuh)’
Ya Rabbi, sampai begitu sekali semangat juang mereka..

Namun, berapa ramai umat Islam yang sedar akan hal ini? Berapa ramai umat Islam yang peduli akan hal ini? Berapa ramai diantara kaum pernah memikirkan keadaan saudara kita? Berapa ramai?
Jawapannya mudah… Tak RAMAI.
Paling-paling tidak pun hari ini kamu sibuk mencela perbuatan musuh Islam, esok lusa pula kamu mendokong perbuatan mereka dalam kamu tidak sedar.
Inikah sikap umat Islam? Umat Nabi Muhammad yang baginda rindui?
AllahuRabbi.. Ampunkan hamba-hambaMu yang hina ini Ya Allah..

Hanya berkata-kata kamu benci Israel, hanya berkata-kata kamu benci Amerika belum cukup wahai saudaraku.. belum cukup..
Sedang hatimu masih suka berbuat lagha. Sedang hatimu masih sukakan hiburan melalaikan. Andai kamu semua sedar yang kamulah telah menghina agama sendiri.
Kenapa ku katakan kita ini; umat Islam telah menghina Agama sendiri? Kerana Akhlak kita. Akhlak kita yang buruk itu telah memudahkan pihak musuh menyerang kita dari pelbagai sisi.
Akhlak Nabi Muhammad s.a.w adalah yang tertinggi yang patut kita contohi. Kerana akhlak baginda yang mulia, ramai tertarik dengan Islam. Tetapi kerana akhlak kita yang hina, ramai yang  menghina Islam..
Masakan tidak, yang dijadikan idola, yang dijadikan ikutan, yang dijadikan sanjungan adalah orang kafir..
Sibuk tiru gaya Korea,  sibuk layan Hindustan, sibuk tiru pembinaan Negara Barat, sibuk dengar lagu hard metal, sibuk mengagungkan falsafah barat.
Contoh –contoh Islam langsung tak mahu ikut. Padanlah hati menjadi keras.

Ketika aku sedang membaca Surah Maryam… kedengan suara keriuhan di luar bilik.
Ku intai dengan badanku masih bertelekung. Ku lihat 2 buah beg kertas dengan lambang  ‘M’ padanya. Ya Allah, pertama kali ku rasakan bagai hatiku disiat-siat bila melihat lambang tersebut. Rakanku mengajak untuk makan bersama namun aku melihatnya sahaja sudah tidak mampu apatahlagi mahu menjamahnya. Aku berhelah dari memakannnya.
Hati aku sedih sekali. Masih ramai umat Islam yang memandang enteng isu BOIKOT. Berapa ramai orang Melayu yang ku lihat berada di tempat terkutuk itu.. Ampunkan lah mereka Ya Allah.. mereka belum tahu.
Kenapa aku tak sanggup nak menjamahnya?
Kerana aku terbayangkan saudara-saudara se-Islam ku diluar sana yang dibunuh setiap hari hasil dari penjualan makanan itu.
Bagaimana aku tergamak untuk memakan makanan itu? Terbau-bau darah mereka. Ternampak-nampak daging-daging mereka. Terlihat-lihat mayat mereka. Oh sesungguhnya aku tidak sanggup. Tak terdaya aku.
Kuasa BOIKOT sebenarnya sangat efisien jika semua umat Islam mengambil berat.
Tapi terlalu sedikit yang menyedarinya. Terlalu sedikit yang mempedulikannya.
Ketika mana rakanku menjamah makanan itu. Aku tak sanggup melihatnya. Hati ini terasa dirobek-robek mengenang saudaraku yang terbunuh hasil jualan makanan itu.
Aku takut saudara-saudaraku yang syahid akan menuntut kelak diakhirat sana. Aku takut azab Allah.

Inilah serba sedikit perkongsian dari hati kecil ku. Aku tidak menghukum mereka. Mungkin belum terkesan di hati mereka sebagaimana terkesan di hatiku. Mungkin Allah belum lagi membukakan mata hati mereka.
Aku tak layak untuk berasa diri mulia dari mereka sedang diri ini banyak berbuat dosa..
Oleh itu, ambillah sedikit masa untuk bersama kita renungkan dan bersamalah kita perbaiki diiri. Menjadi muslim yang sejati. Semoga beroleh syurga Ilahi.
Masa ku tidak lah banyak untuk ku update blog selalu. Namun InsyaAllah akan ku cuba demi pembangunan Ummah. Demi menyahut seruan Allah dan Rasulullah .



Sunday, August 5, 2012

Perubahan kerana Allah


Dari K-pop(walaupun tak obsess) kepada nasyid
Dari novel cinta kepada novel ilmiah
Dari tudung biasa kepada tudung 50’
Dari baju biasa kepada baju muslimah
Bertambah aksesori seperti stoking kaki dan arm guard
Dari suka memandang kepada menundukkan pandangan (masih dalam usaha)
Dari seorang yang mengharapkan cinta manusia kepada seorang yang mengharapkan cinta Allah
*serba sedikit tentang perubahan diri. InsyaAllah, doakan semoga diri ini istiqamah.

"Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami setelah kau beri hidayah" 
Mungkin ex-classmate yang baca entri ini (kalau adalah…) ada yang tak percaya. Tak mengapa, boleh Tanya terus kepada Nordiana Bt Yusof, InsyaAllah dia adalah salah seorang yang telah menjadi saksi akan perubahan diri ini.

Kenapa diri ini berubah?
-Hidayah Allah..

Bagaimana diri ini melakukan perubahan?
-Peringkat-berperingkat dan sangat memerlukan ketabahan fizikal dan mentaldan emosi juga.

Apa pandangan orang lain terhadap perubahan diri?
-Pernah terdetik di hati tentang pandangan orang, tapi jujur, kalau kita berubah kerana Allah, kita tak perlu risau dengan kata-kata orang lain. Cukuplah Allah yang menilai..

*kalau lah dari dulu aku mengenal cinta Allah…*

sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah hirrahman nirrahim sebagai pembuka bicara

“Ada akak PRM (Persatuan Rakan Masjid) buat Usrah petang ni, nak pergi?” kata salah seorang sahabat saya dengan loghat Sabahnya..

“Nak, mestilah nak. Dah lama aku cari Usrah nii!” sahut aku dengan beria.

Inilah dipanggil takdir.

Tengah hari itu, aku bersama dua orang lagi sahabat yang mana kini semakin erat hubungan kami bertemu dengan satu tujuan iaitu ingin menyiapkan presentation BEL.
Tanpa disangka, Nina dapat mesej dari Kak Abid berkenaan usrah yang akan diadakan petang itu.
Aku teruja, Fathin juga. Entah kenapa. Mungkin Allah telah mengundangku ke majlis ilmuNya..
Pengisian hari itu lebih kepada sharing sebab kami semua baru kenal so, usrah hari itu dimulakan dengan taaruf. Ada 8 orang termasuk aku. Kami lebih banyak menangis dan itu yang mengeratkan lagi hubungan kami. Kerana sebab kami menangis adalah sama… “kenapa berada di sini??”
Aku ingat aku seorang yang mengenang nasib berada di sini, rupanya ramai yang lebih parah.
Mungkin Allah nak tunjukkan pada aku, bukan aku seorang sahaja. Allah itu adil..

Akhirnya, aku jumpa juga dengan apa yang ku cari selama ini. Datang dari keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian amat sukar bagi aku untuk mempraktikkan perkara yang aku baru tahu. Tapi aku tetap mahu berusaha. Biar aku jadi contoh buat keluarga, InsyaAllah.
Pencarian aku tak terhenti di situ. Aku terus menerus cuba untuk meng’konsisten’kan kehadiran aku ke majlis ilmu itu. Bagi aku usrah ini adalah ‘charger’ kepada ‘bateri’ hati aku. Jika aku tidak hadir, maka aku tak dapat nak ‘charge’ ‘bateri’ hati ku ini. Kemudian, housemate aku yang aku paling rapat dengannya.. (kami rapat kerana Allah) menawarkan aku untuk ke halaqah atau taklim, atau banyak lagi… macam2 istilah digunakan, tapi ianya sama. Aku menurut kerana bagi aku apa salahnya pergi banyak majlis ilmu dari banyak tempat maksiat.

Indahnya tarbiyyah, manisnya ukhuwah.

Ketika inilah aku jumpa ramai mawar-mawar agama yang InsyaAllah mendapat rahmat dan keberkatan Allah. MasyaAllah, semangat kakak-kakak senior yang ikhlas dalam berdakwah sangat aku kagumi. Sesibuk manapun mereka, sejauh manapun mereka berada, mereka tetap dating ke PALAM demi mencari redha Allah. Sungguh besar pengorbanan mereka. Hanya Allah yang mampu balas. Halaqah yang aku hadiri ini diadakan setiap minggu pada hari Selasa. Walaupun aku sedar jadual aku paling mampat adalah pada hari Selasa, aku tetap mencuba menghadirkan diri kerana tidak mahu terlepas rahmat Allah dan doa dari para malaikat yang akan melebarkan sayapnya di majlis-majlis ilmu sebegini. Biarlah penat badan, jangan hati ini menjadi hati yang sakit. 

Ya Allah, Subhanallah. Aku sangat mengagumi mereka kerana Allah. Aku teringin untuk menjadi seperti mereka. Dan kemudian itulah, aku telah tanam dalam diri ini, aku ingin berubah. Dan, rupanya inilah hikmah yang Allah nak beri pada aku.

Ucapan perkongsian dari aku semasa taklim;

“Sejak tamat SPM, saya sangat mengimpikan agar dapat masuk UIA. Sebab saya nak sangat join usrah, saya nak sangat berubah jadi seorang yang lebih baik, saya nak sangat jadi wanita solehah. Tapi ternyata Allah memberikan UiTM. Mula-mula saya sering persoalkan kenapa UiTM? Kenapa? Aku tak suka tempat ni. (mungkin kerana namanya UiTM) tapi, saya terlupa yang Allah tak beri apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu. Dan ya, inilah yang saya perlu. Saya sekarang berada dalam satu suasana yang sudah lama saya impikan (Alhamdulillah, terima kasih, Allah)”

*kedua-dua usrah kini menjadi satu acara yang sangat aku sayang*
Apa perubahan yang ku lakukan, InsyaAllah akan diberitahu..

sekian lama menyepi


Assalamualaikum w.b.t
terlebih dahulu ingin memohon maaf kerana telah menyepikan diri buat sekian lama..

Hati meronta ingin kembali menulis semenjak kali pertama ayah khabarkan mahu memberikan saya laptop kerana sesungguhnya dunia IPT kini sangatlah memerlukan teknologi untuk melaksanakan pelbagai urusan. Laptop kini telah menjadi satu keperluan dan bukan lagi kehendak. Tapi.. kalau mcm iPad, tab semua tu mungkin boleh dikategorikan sebagai kehendak buat pelajar IPT. Itu dari sudut pandangan saya.
Enough said..
Malangnya niat di hati tidak dapat dipenuhi kerana kekangan masa yang menjadi penghalang utama untuk saya kembali menulis di sini. Tapi, saya masih ada journal di sisi untuk di penuhi tatkala tiada masa untuk meng’online’ dan update blog. Ya! Saya bukan macam sesetengah orang yang masih dapat meluangkan masa walau bagaimana sibuk sekalipun. Saya hanya manusia biasa yang masih perlu memenuhi hak badan, rohani, intelek dan emosi.
Let’s get started!
Hurm, sudah lebih kurang 3 bulan saya berada di Bandar Puncak Alam, or to be more specific; UiTM Puncak Alam. Kalau tak tahu, silalah discover sendiri, ye. Kebanyakan orang selalu salah anggap bila saya beritahu kini saya menuntut di mana. Mereka selalu ingat di UiTM Shah Alam, maklumlah, Puncak Alam, jauh terperuk walau hakikat sebenarnya tidak.
Saya bukan nak cerita tentang Puncak Alam.. sebab saya tak pernah termimpi untuk menceritakannya. Sehingga kini ramai yang masih bertanya kepada saya, “Bukan kah kau dekat UIA?” hati mana tak pilu bila diajukan soalan sebegini. Memang sudah menjadi angan-anganku sejak 2 tahun yang lalu untuk ke UIA. Tapi akan daya, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri ini. Dan, Alhamdulillah, saya sudah mula nampak hikmah disebalik semua yang terjadi. (KIV)

'Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.' (Al-Baqarah 2: 216)

Bulan pertama saya lalui dengan penuh rasa pilu. Mana tak nye, dah lah berjauhan dengan keluarga, dapat pula tempat yang tak pernah jadi impian pon. Memang menangis jelah kerja. It’s not that I got homesick, it just that I always think why am I here?? Apa diri ini buat kat sini?? Bangun pagi sebelum pergi kuliah, (masa first week) saya  berdiri depan cermin locker dan Tanya kepada diri sendiri pelbagai macam persoalan. Kadang-kadang saya menangis dan mengadu pada Allah.. hanya Dia je yang saya ada ketika di sana.
Fizikal dan mental ku tercabar.

Fizikal; Tangga maut atau juga dikenali Tangga kejayaan simbolik untuk penuntut Puncak Alam. Kamu takkan terlepas dari mendaki tangga itu.. kalau tertinggal barang sebelum pergi kuliah, nasib badanlah!
Badan aku mulai susut beberapa bulan selepas itu kerana makanan! Mungkin saya akan disifatkan memilih, cerewet atau sebagainya. Tapi, sebagai seorang anak yang membesar dengan memakan makanan di rumah, masakan ibunya, perkara ini adalah tidak mustahil. Setiap hari perlu berfikir nak makan apa. Dan setiap kali saya nak beli makanan di café, fisrt menu yang akan ternampak adalah AYAM. Setiap hari Nampak AYAM. Sehingga satu hari, diri ini rasa mual dan mahu muntah kat situ jugak. Betapa kembangnya tekak melihat lauk-pauk yang disediakan tapi tidak langsung membangkitkan selera. Alahai. Mungkin di rumah, ibu saya memasak dengan penuh kasih saying walaupun lauk yang simple, walaupun satu lauk sahaja tapi tetap menyelerakan. Dan sedia maklum, di café itu, mereka masak kerana berniaga.

Mental; diri ini rasa sangat tercabar sepanjang berada di sini. Kalau kamu sangka perempuan lebih pandai dari lelaki, kamu silap. Dalam pemerhatian saya (dalam class saya jelah) lelaki lebih bijak berbanding perempuan. Mungkin kerana itulah mereka terpilih untuk mendapat tempat di IPT. Mungkin yang selama ini yang kita nampak yang kurang bijak tu hanyalah sebilangan kecil. Lelaki sebenarnya jika mereka rajin dan ada passion dalam menuntut ilmu, tidak mustahil bagi mereka untuk ke depan. Sedang perempuan adalah kaum yang lemah. Pandailah macam mana sekalipun, mereka tidak mampu menjadi yang utama. Dalam Islam, yang utama itu lelaki. Imam lelaki, Bilal lelaki, Pemimpin lelaki, ketua keluarga lelaki. Jadi, kewibawaan lelaki tidak boleh dinafikan. Mungkin pemikiran mereka yang lamabt matang itu menyebabkan kaum perempuan lebih menonjol.
Selain itu, pergaulan bebas di PALAM sangatlah membimbangkan . (akan diulas dengan lebih lanjut pada entri seterusnya.. InsyaAllah)

Wednesday, March 28, 2012

Alhamdulillah for giving me these test, Allah.Part1

Note: For this special entry, there is no songs that inspired me because the only inspiration that I can get from is Myself.


Sungguh saya tidak dapat menyusun kata dan ayat untuk entri kali ini. Entah kenapa.. Mungkin terlalu lama tidak menulis kerana beberapa hal dan peristiwa yang telah berlaku ke atas diri saya kebelakangan ini..
Jika dilihat pada tajuk mungkin anda, sebagai pembaca dapat mengagak yang saya menghadapi pelbagai dugaan dan ujian yang telah ditakdirkan Allah ke atas saya. 

UJIAN PERTAMA~DRIVING LICENSE
Pada akhir bulan Jan yang lepas, saya dan beberapa orang sahabat telah mengambil keputusan yang sangat bijak untuk mengambil lesen kenderaan. Semenjak itu, hari-hari yang saya lalui telah berubah menjadi hari-hari yang penuh  emosi. Perasaan yang mula-mula sekali menyinggah adalah perasaan teruja. 'Wow, lepas ni habislah kereta ayah aku kerjakan'. Saya  mengalami permulaan yang baik dengan mendapat keputusan 49/50 untuk ujian komputer. Saya berjaya mendapatkan lesen L saya walaupun agak lambat dek gambarku tertukar dengan gambar jiran rumah hujung. Grrr. 
Kemudian, setelah beberapa hari selesai kursus Amali atau kursus 6 jam, (walaupun saya hanya buat 3 jam) saya pun memulakan kelas belajar memandu saya bersama dengan cikgu memandu yang cool and slumber, PakCik Din. Hari-hari saya selepas itu banyak dihabiskan bersama beliau di dalam kereta. Saya masih ingat pertama kali masuk ke kereta, saya duduk di kerusi pemandu saya diarahkan untuk membetulkan tempat duduk, pakai tali pinggang keledar, periksa signal and wiper, freekan gear and so on. Kemudia beliau ajar saya tentang cara penggunaan clutch and gear.
*Fast forward
Setelah lebih kurang sebulan saya belajar bersama beliau, PakCik Din menyakinkan saya untuk mendaftarkan diri bagi ujian bahagian 2&3 pda pertengahan bulan Mac. Dan Ya! Saya telah menghadirkan diri ke IMKEDA di Cheras untuk menduduki ujian tersebut. Keputusannya, saya lulus untuk ujian Jalan Raya tetapi gagal untuk ujian bahagian 2 (bukit). -damnyoubukit- haha, saya memang tak suka bukit sebab saya bercinta dengan parking dan 3 pointer. So, apa nak buat terpaksalah saya repeat that part. kegagalan kali pertama mungkin disebabkan ke-nervous-an yang melampau sampai saya baca ayat seribu dinar beratus kali dekat litar tu. And, Alhamdulillah saya berjaya masa kali kedua. And yes, kali kedua I can handle it and take it easy. Tak nervous dah. Ada hikmah sebenarnya.. Nanti saya cerita. Befiore that, saya nak cakap something. 
"Saudari dan Saudara sekalian, tak perlulah anda nak menjadi seperti orang lain. Tak perlulah anda nak iri hati dan membenci orang lain yang lebih baik dan bagus daripada anda. Mungkin itu nasib, tuah dan rezeki yang Allah telah berikan pada mereka. Dan mungkin ini sudah menjadi takdir kita yang paling baik yang telah dikurniakan Allah. Ingat, orang yang diuji kesusahan padanya ialah orang yang akan menjadi paling akrab hubungannya dengan Allah. Takkan anda semua tak mahu kita berhubungan akrab dengan Allah. Maka, ucapkan syukur."
Walaupun saya gagal bukit (okay, malu sikit), tetapi ianya tidak sedikit pun menjatuhkan semangat saya.
"Kamu tidak gagal apabila mengalami kejatuhan, tetapi kamu gagal sekiranya kamu tidak bangun"
Mungkin ada sekelumit cemburu yang tidak keterlaluan kepada teman-teman yang berjaya lulus dengan mudah (fisrt attempt). Tapi, saya tetap bersyukur. Sebab saya tahu, ada hikmah disebalik semua ini. Allah punya kejutan yang indah buat saya. Mereka mungkin berjaya in their fisrt attempt, tetapi mereka mungkin tak berjaya dalam beberapa hal pada hari-hari mendatang. Tak macam saya, mungkin saya gagal hari itu, tapi tidak hari ini.

Sehubungan itu, tidak kiralah besar mana kejayaan, susah mana kegagalan, teruskan mengucap syukur pada Allah.
"Jika kita mahu Allah mengingati kita waktu susah, ingatlah Allah pada waktu senang"
Cuma nak tambah, kalau nak lagi best...Ingatlah Allah pada waktu susah dan senang. Nescaya, hari-hari anda diberkati dengan rahmat Allah.

-Saya akan sambung ujian-ujian yang saya lalui beserta hikmahnya,InsyaAllah pada entri berikutnya- 


Thursday, March 8, 2012

Perbandingan-perbandingan antara Islam dan Kristian (1)

InshaAllah By Maher Zain


"Don't despair and never loose hope; InshaAllah you'll find your way"

Islam merupakan agama yang bebas darpada kemungkaran dan kebatilan, yang membimbing kita ke jalan keselamatan. Sedangkan agama Kristian penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi.
Maka, dengan ini disertakan perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam:





1. Isu Ketuhanan


Dalam Islam, Allah itu Esa, dan tidak bersekutu dengan apa pun juga. Allah itu unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaanNya. Dimana Al Quran juga ada menyebut Allah itu tunggal, Dia tidak beranakdan tidak pula diperanakkan. Tiada satu pun yang sama, serupa denganNya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yangg dihajatkan  oleh manusia. Jika hendak disebutkan satu persatu akan segala kesempurnaanNya maka hendaklah kita menimba ilmu yang ada di dalam Kitab Suci Al Quran itu sendiri.




Sebaliknya, agama Kristian percaya bahawa Tuhan itu bukan satu tetapi tiga: bapa, anak, dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya 'Putera Tuhan' dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga serta sangat bergantung kepada air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh  manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan? dan apakah ada  perbezaan lagi antara Tuhan dan manusia? Kitab Suci Al Quran dengan tegas menyatakan bahawa sesiapa yang mengatakan Kristus itu tuhan atau putera tuhan, maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi kafir. Orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai putera tuhan telah memfitnah tuhan. Al Quran telah mengajar bahawa Kristus serupa dengan Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh, dan lain-lain nabi. Sebagai utusan dan nabi, mereka juga adalah manusia, makhluk dan bukan pencipta. 


Maka, cuba difikirkan sendiri betapa jelas dan munasabah ajaran Kitab Suci Al Quran ini dan betapa agama Kristian mengusutkan dan tidak masuk akal sama sekali.

Sunday, February 26, 2012

Nikah, cara Melayu atau Islam??

For The Rest Of My Life By Maher Zain


"You're my wife, and my friend and my strength And I pray we're together in Jannah"


Tatkala kebosanan menjengah, saya sempat bersiar-siar di facebook, saya terjumpa satu gambar yang disampingnya ada sebuah nukilan yang sangat enak untuk dijamu mata, untuk di baca hati. Oleh itu, saya terasa ringan sekali untuk berkongsi cerita ini dengan anda, pembaca. Kisahnya mengenai seorang perempuan yang akhirnya bergelar isteri. Beliau menampilkan perspektif berbeza yang mampu menjawab segala spekulasi dunia moden zaman ini tentang PERNIKAHAN dan PERKAHWINAN. Apa yang dapat ditonjolkan dalam cerita ini adalah tentang apa sebenarnya yang lebih utama dalam kehidupan kita untuk bergelar suami isteri. Majlis perkahwinan yang megah-megah atau kehidupan rumah tangga yang terjamin masa depannya?? renung-renungkan lah.. 


Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 
Jadi, mengapa berkahwin? 
Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 
Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 
Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar. Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 
Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 
Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.
Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 
Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak? Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 
Tapi cuba fikir, perlu tidak? 
Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 
Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 
Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 
Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 







Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”  “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang. Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 
Pening!! 
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu. Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 
Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 
Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? 
Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya. Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 
Berkahwinlah! 
Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)


saya bukannya dah gatal nak kahwin cerita pasal nikah ni, cuma sebagai langkah untuk saya menimba ilmu yang mungkin tidak akan diajarkan kepada semua orang.

 Terima kasih buat sumber, Admin yang bergeliga! 








Friday, February 24, 2012

Hanya coretan

HIKMAH
"Sesuatu berlaku pasti ada hikmah tersembunyi, kita harus mencarinya"

Ada Hikmah Tentang Sesuatu Itu Dan Ini. Anda hanya perlu tenang ketika memikirkannya.....

1. Ada hikmah kamu tidak pernah menjalinkan hubungan yang tidak halal seperti 'couple'
    - jangan fikir diri kamu tidak laku, diri kamu kolot atau kuno. 
    - jangan terlalu ikut hawa nafsu dan pengaruh rakan sebaya.
    - kamu perlu tahu diri kamu istimewa dan Allah pelihara daripada berlakunya kemungkaran ke atas diri kamu.

2. Ada hikmah kamu tidak pernah melakukan 'couple thingy'
    *untuk yang ber'couple'
    - tidak perlu rasa malu jika kamu tidak melakukan apa yang orang pasangan lain lakukan, malah kamu      patut rasa bertuah kamu masih punya harga diri.
    - kamu patut tahu apa akibat jika kamu melakukan 'couple thingy' ini yang hanya akan membawa kamu ke lembah maksiat (walaupun sebenarnya memang dah melakukan maksiat, sbb ber'couple').
    - kamu patut berusaha membaiki diri bukannya merosakkan lagi.

3. Ada hikmah kamu tidak pernah dikurnikan zuriat/anak (bagi yang dah berkahwin)
   - mungkin anda/pasangan belum bersedia.
   - mungkin Allah punya perancangan yang lebih baik untu anda.
   
4. Ada hikmah kamu tidak pernah didekati dan didampingi lelaki/wanita
   - terpeliharalah kehormatan diri kamu.
   - kamu seharusnya tahu yang kamu mulia di sisi Allah, dan itu sudah cukup.
   - bertuah suami/isteri kamu kerana mereka yang bakal memiliki diri kamu sepenuhnya.

5. Ada hikmah kamu tidak pernah mengetahui siapa Ibu & Ayah kandung
   - mungkin mereka bukanlah seperti yang kamu sangka.
   - mungkin mengenali mereka akan memberi impak yang kurang bail dalam hidup kamu.
   - mungkin inilah yang terbaik untuk diri kamu dari Allah.


sambung lain kali, I'm off to bed now..