Showing posts with label truth. Show all posts
Showing posts with label truth. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Sudah berbeza , Walau tetap yang sama


Bismillahirrahmanirrahim

AllahuAkbar, AllahuAkbar,AllahuAkbar

Segala puji bagi Dia Tuhan semesta alam yang masih memberi peluang kepada seluruh umat manusia yang hidup pada hari ini untuk membaiki diri.
Semakin usia meningkat, semakin hampir dengan kematian yang pasti. Namun, sudah siapkah kita?
Tepuk dahi, Tanya iman.

Hari ini pagi-pagi lagi sudah mencelikkan mata bersiap untuk keluar.
Lillahitaa’la. Segala pekerjaan dikira ibadah mengikut niatnya.

Kalau Allah yang diniatkan, maka Allah lah yang ia dapat,
Kalau populariti yang diimpikan, maka itulah yang ia bakal mendapatkan.

Allah itu tidak zalim, sebaliknya manusialah yang menzalimi dirinya sendiri.

Hala tuju ku, KLCC.
Lama benor tak jejak kaki ke situ. Kalau dahulu, Allahu tok sah cakap pantang ade cuti hujung minggu apalagi keluarlah lepak menapak kat situ. Tapi itu dahulu.. zaman jahiliah dulu.
Dulu berjalan tanpa hala tuju, ikut sahaja ke mana angin ingin membawa. Tapi hari ini aku sudah ade habit terbaru. OBSERVING PEOPLE. Seronok habit ni. Mengajar aku sesuatu tentang manusia. Ceh, macam psychologist pula.

Setibanya di LRT WM, aku terus menambah nilai kad MyRapid. Kemudian aku naiklah LRT tu ke KLCC. Di dalam LRT aku memerhati. Hehe. Terlihat aku sekumpulan kecil remaja perempuan. Tiga orang semuanya. Ketiga-tiga muka macam cina. Speaking habis lah kalau berborak,kan. Dua daripadanya memakai pakaian biasa orang cina pakai. Yang sorang itu memakai tudung (shawl) dan nampak ayu sangat. Rasanya mereka ni satu sekolah keluar hangout. Yang bertudung nampak relaks and cool ketika berbual. Suara alahai lemah lembut. Harapnya, dia istiqamah dan menjaga perhubungan dan batas-batas pergaulan bukan sahaja dengan yang bukan muhrim bahkan jua yang bukan muslim. InsyaAllah dia boleh.

Seterusnya, aku meneruskan perjalanan ke taman KLCC. Mencari-cari tempat duduk untuk mengurangkan lelah. Akhirnya jumpa. Tapi pemandangan ketika itu agak sedikit merimaskan, menjijikkan dan haish tak BEST! Sekumpulan kecil anak remaja Melayu. Dua lelaki seorang perempuan yang ber’blonde’ rambutnya. Melihat tingkah laku mereka, aku jadi sedih. Bila mereka tak lagi malu dengan Allah, mana nak malu dengan manusia. Maruah diri seorang perempuan direndahkan sebegitu rupa. Aku harapkan moga hidayah menjengah mereka, moga kesempatan bertaubat diberi sebelum ajal menempa. 

Kemudian, ketika waktu solat zohor, aku bergegas ke musollah dalam KLCC untuk melihat orang lagi. Ramainya … Subhanallah. Kalau dahulu, lengang selengang lengangnya. Haha. Orang yang tidak boleh solat siap boleh duduk dalam itu menunggu member-member yang tengah solat. Tapi sekarang diluar sahaja tempat mereka. Ramai juga foreigner dan pelancong dalam Negara. Alhamdulillah, masih ramai lagi yang menunaikan solat. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Kesimpulannya, KLCC merupakan tempat yang sama  sperti 3 tahun dahulu. Tapi kini, aku lihat ia dari sudut yang berbeza dan aku lihat situasi dan suasananya juga dah berbeza. Aku mengharapkan kemenangan Islam semakin hampir. Banyak yang indah pemandanganku hari ini. Alhamdulillah, bila kita niat ikhlas kerana Allah, Allah akan beri ganjaran dalam bentuk yang kita tak pernah sangka.

Selamat tinggal JAHILIAH, Selamat datang HIJRAH.

Sayang Allah, Sayang Rasulullah. Semoga kita menjadi ahli Jannah nanti.. InsyaAllah.

Saturday, September 29, 2012

Kejarlah cinta PENCIPTAmu sebelum kamu mengejar cinta CIPTAANNYA.


Bismillahi wassalamualaikum…
 Allahumma solli ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad
Ayuh berselawat tanda kita  cintakan kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Melihat pada tajuk mestilah dah boleh dapat hint apa yang saya akan tulis. Hihi.
Cinta kepada Allah itu indah wahai saudaraku. Indah sangat. Ish speechless jadinya. Kalau sahaja saya kenal cinta Allah dari dulu. Kalau sahaja…. Namun tak boleh nak salahkan sesiapa. Ini sudah menjadi ketetapan Ilahi buat diri saya.
Sebelum tu izinkan saya meluruskan niat sebelum meneruskan penulisan ini.  Lillahita’aala.
Hidayah itu milik Allah. Harapan saya ketika mana ada yang membaca akan terbuka hatinya untuk kembali mentaatiMu wahai Allah.
Kalau dahulu hidup saya penuh dengan kegelisahan, kemurungan, dan banyak kekurangan. Kini Alhamdulillah.. semuanya berunsur ketenangan.
Klimaksnya ketika berada dalam peringkat awal remaja. Jiwa memberontak nak itu ini. Maka hubungan dengan PENCIPTA terasa terabai sekali.
Orang pakai berjenama, kita pon nak
Orang bercouple, kita pon nak
Orang bersosial, kita pon nak

Akan tetapi saya tetap bersyukur, tak pernah lah jadi apa yang dikehendaki sangat tu.
Kalau di lihat pada entri Ada Hikmah tu, ketahuilah diri ini tak pernah merasa nikmat couple tu apa. Dan tak mahu pon. Hehe. Ianya bukan nikmat lagi sekarang, tapi jadi alahan. Haha.

Kreatif sungguh kan kita bercinta dengan ciptaanNya. Tapi dengan Pencipta sendiri.. MasyaAllah
Padahal Allah lebih dahulu telah menyatakan kata cintaNya pada kita. Cuma kita sahaja yang tidak sedar. Padahal Allah lebih dahulu bersama kita ketika susah dan senang. Sejak azali Allah lah yang bersama kita. Sedangkan manusia sering datang dan pergi.

‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. ‘  (2:186)

Allah beri kita buku cinta(lagi best dari surat cinta BF/GF) untuk kita baca. Sebelum kita wujud lagi Allah dah berikan buku cinta yang mengandungi kata-kata cinta untuk kita. Tapi kita sahaja yang tidak mahu tadabbur Al-Quran. Kita sahaja yang malas. Dan akhirnya hinalah kita di sisi Allah.

Sedangkan bercinta dengan Allah itu sangat indah. (dah berkali dah saya mention ni).

Kalau kita selangkah menuju Allah, Allah lagi banyak langkah menuju kita.
Kalau kita berjalan menuju Allah, Allah akan berlari menuju kita.

Nikmat yang Allah bagi banyak sangat. Cuba ambil sehelai kertas sekarang dan tuliskan semua nikmat yang Allah pernah berikan kepadamu sejak kamu azali lagi.
Cukup?CUKUP?CUKUUUUUUUUUP?
Heeeeeee
Tak cukup kan… memang tak cukup. Even kalau cukup, kamu sebenarnya dah kehabisan akal untuk berfikir nikmat Allah yang mana lagi yang tidak kamu tulis.

Marilah bercinta dengan Allah. Mudah sahaja. Tak perlu jadi cantik. Tak perlu pandai, tak perlu hensem, tak perlu kaya. Itu semua tidak perlu.
Semua manusia sama sahaja pada Allah. Yang membezakan kita adalah yang bertakwa.

Jadi, tiada alasan untuk kita tidak menyatakan kecintaan kita kepada Allah. Kalau semua orang cintakan Allah dengan sebenar-benar cinta, takkan berlaku kerosakan di dunia ini. Takkan berlaku permusuhan di antara muslim sendiri. Semuanya baik-baik dan indah-indah belaka.

Luangkan lah masa malam mu untuk bermunajat kepada Allah. Luangkan lah masa senggang mu untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan Ummah. Buktikanlah kecintaanmu kepada Allah.
Wallahua’lam.


Ketenangan yang ku miliki


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Di kesempatan ini ingin sekali saya mengajak para pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah kembali ke menemui Allah sebelum kita.
Jangan lupa juga untuk terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita yang sedang berjuang siang dan malam.
Saya pasti umum mengetahui doa merupakan senjata mukmin. Maka gunakanlah keistimewaan yang ada pada diri kita sebagai umat Islam. Allah Maha mendengar segala sesuatu. Allah dengar doa kita. Cumanya tinggal lagi sama ada kita bersungguh-sungguh atau lalai sahaja dalam doa kita.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya diri ini dapat menulis lagi di sini.
Walaupun ambang FINAL Exam kian merapati, namun tidak menjadi alasan untuk ku terus melaksanakan tugas ku iaitu menyampaikan.
Tiba-tiba hilang mood untuk study malam ini (ketika ini saya sedang menulis pada waktu malam)
Puas saya cari ilham dan kekuatan untuk memulakan namun terasa hambar. Mungkin badan mula penat, otak pula memerlukan rehat. Saya patut berehat sebentar. Namun tak bermakna saya boleh membiarkan diri hanyut dengan perkara yang melalaikan. Maka dengan itu, saya ambil keputusan untuk menulis di sini. Untuk tatapan umat. Untuk pembangunan ummah. Moga-moga ada hati yang bakal tersentuh. Moga-moga ada hati yang diberi hidayah dan sinar Islam kepadanya.
Sama-sama kita luruskan niat dalam mengerjakan segala sesuatu.  Lillahita’aala!
Ketika mana sahabat-sahabat  yang saya sayangi kerana Allah sedang berjihad dengan ‘study’ mereka (membuat persediaan untuk FINAL EXAM). Saya sedang diatas tilam menulis bait-bait perkataan diruangan terpencil ini. Hanya ditemani roommate kesayangan yang juga sama tiada mood pada malam ini. Cuma, cara beliau agak sedikit berbeza (takpelah dia pandai.hehe).
Tipulah jika saya tidak risau akan kedatangan FINAL EXAM. Malah sayalah yang patut menjadi orang yang paling risau di dalam rumah ini. Apabila diri ini dikelilingi orang-orang yang pandai belaka, diri ini terasa kecil sekali.  Saya yakin mereka menjadi pandai sebegitu kerana usaha mereka sedangkan saya usaha sedikit sekali. Maka setimpallah dengan keputusan yang saya dapat.
Tapi, entah mengapa. Sejak kembali mendekatkan diri kepada Allah hati ini berasa tenteram sahaja. Benarlah firman Allah;

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram. (13:28)

Ketika mana saya menjawab soalan peperiksaan saya merasakan ketenangan yang teramat sanagt berbeza dengan keadaan sebelum ini.
Dan ketika mana saya selesai menjawab, hati merasa tenang. Bila diingatkan balik, mungkin sekali kerana ingat kepada Allah.
Berulang kali hati berbicara; ‘takpelah, bersyukur lah sebab kau dapat jawab banyak jugak ni. Sekarang bertawakallah pada Allah. Segala keputusan ditangan Allah. Dia tahu apa terbaik untuk kau. Orang lain mungkin tak dapat jawab macam mana banyak kau jawab(padahal saya jawab sikit je). Tapi tetaplah bersyukur. ‘
Ketika itu saya hanya berharap agar lulus pun jadilah, Ya Allah…
Selang seminggu hari peperiksaan itu, saya terima kembali kertas saya (maknanya dapat result lah). Walaupun tak banyak (memang tak banyak pon). Entah kenapa hati tetap bersyukur dan bertahmid kepada Allah atas pemberiannya itu. Sangat serius. Memang tak banyak. Setengah je kot dari full mark. Tapi entahlah.. hati tetap tenang dan siap suruh diri ini bersabar dan terus berusaha kerana  ini bukan penghujungnya. Nilaian nombor itu tak menjamin saya untuk menjadi lebih kaya atau lebih miskin. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan segala sesuatu.
Akan tetapi, bila dilihat sahabat-sahabat yang mendapat markah jauh jauh jauuuuuuuuh lebih tinggi dari saya. Dan bila ditanyakan kepada mereka

‘berapa kau dapat?’ “Alah, sikit je”

Seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan rahmat Allah. Benarlah manusia itu tidak pernah puas. Sering nak kan lagi dan lagi. Tapi, saya tak mahu menghukum mereka. Dan janganlah kalian menghukum mereka. Mungkin mereka mencuba merendahkan diri dan hati supaya tidak timbulnya riak dalam diri mereka. Teruskan lah bersangka baik.
Cuma  alangkah baik jika kerendahan hati disertakan dengan tahmid dan ucapan syukur pada-Nya.
Murobbiah saya selalu mengingatkan sebagai seorang pelajar,

 jangan pernah menjadi HAMBA STUDY jadilah HAMBA ALLAH.

Janganlah  asyik study tanpa niat yang betul dan meletakkan kebergantungan kepada study. Itu masalah akidah jadinya. Anggaplah study itu salah satu cabang usaha kita.
Kerana masih ramai yang berkira-kira masa dengan Allah.
·         Melewat-lewatkan solat
·         Tidak bertilawah
·         Mengambil tahu masalah umat
Dan tidak melakukan ibadah-ibadah lain kerana takut menganggu masa yang ada atau yang diperuntukkan untuk study. Masa itu Allah yang beri pada kita. Jika Allah nak ambil dari kita… padanlah muka kita.
Janganlah stay up sampai 2 3 pagi untuk study tapi SUBUH 7 8 pagi… Astaghfirullah..
Nabi tak pernah ajar kita supaya jadi macam itu. Macam mana nak dapat keberkatan kalau solat pon tak mampu kita jaga.
Muhasabahlah diri kita balik. Kalau kita boleh habiskan masa dengan main game, menonton cerita korea, menonton cerita barat, membaca novel cinta, membaca komik jepun, melayari mukabuku, mengupdate burung kicau.. tanyalah mana pergi masa kita untuk solat awal waktu, tahajjud, dhuha, taubat, tilawah, tadabbur, membaca novel islamik, membaca kisah tokoh-tokoh Islam/para sahabat, melayari blog-blog islam, mendengar taklim, menghadirkan diri ke halaqah dan sebagainya.
Tanya diri kita sekarang sebelum Allah tanya dirimu kelak.
Alhamdulillah, Allah memberi ketenangan kepada hambaNya yang hina ini hanya dengan mengingatiNya. Alhamdulillah, diri ini masih terus bersangka baik dengan Allah, diri ini masih terus mengharap redha Allah, diri ini masih terus mengharapkan yang terbaik dari Allah.
Terima kasih buat ketenangan yang ku miliki ini, Ya Allah..

Teringatkan akan saudaraku..Merindukan Kekasihku…


Dimulakan dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda yang mulia.
Tak dilupakan para mujahid mujahidah, pejuang agama yang sentiasa mengibarkan panji-panji La’ilahaillah Muhammad Rasulullah.. dan khasnya buat mereka yang gugur syahid di jalan-jalan kebenaran. Semoga Allah merahmati roh mereka.
Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang oleh Penciptaku untuk terus bernafas di muka bumi ini. Aku masih berpeluang perbaiki kelemahan diri ini, bertaubat dan menambah lagi amalan soleh. Masih dapat mencoretkan beberapa penulisan buat tatapan umat.
Sesungguhnya Allah lah yang memberi kelapangan kepada ku.

InsyaAllah, aku takkan mempersiakan kelapangan yang Dia berikan..
Sesetengah menghabiskan kelapangan waktu dengan MUKA BUKU
Sesetengah dengan STUDY
Ada pula dengan MELEPAK
Ada juga dengan MENONTON
Dan pelbagai lagi aktiviti

Namun tidak ku lupakan.. Ada sesetengah diantara mereka masih tetap menggunakan masa dengan sebaiknya..
Manusia ini, bila sesuatu yang diharapkan ada di depan mata.. tak pernah mencuba hendak menghargainya. Sebaliknya, mempersiakannya dengan begitu sahaja.
Bila ianya hilang dari sisi, baru gelisah, sibuk mencari, sibuk mengeluh itu dan ini.

Maka, gunakanlah masa dengan sebaiknya. Kerana kelak kita akan ditanya “Dengan apakah masa mudamu kau habiskan?”

Beberapa hari ini emosiku agak terganggu..banyak diam dari berkata-kata. Mungkin itu terbaik. Kerana jika banyak perkataan banyaklah salahnya, dan bila banyaknya salah banyak pula dosanya.

Sebenarnya, aku teringatkan saudaraku. Baik di Rohingya, di Syria, di Bumi Anbia (PALESTIN) khasnya, yang tak pernah sunyi dari penindasan demi penindasan, peperangan demi peperangan. entah bila bakal berakhir.
Ya Rabbi, sayunya hati mengenang kembali ketika kali pertama Islam mencapai kemenangan dalam Perang Badar.
Kini umat Islam terkontang-kanting, terkapai-kapai, terombang-ambing di sana sini.
Kalau umat Islam di Palestin syahid kerana mempertahankan diri, Negara dan ISLAM, umat Islam di Malaysia ini syahid kerana merosakkan diri, memporak-perandakan Negara dan meruntuhkan agama yang suci, Islam..

Saudara-saudaraku… Aku rindukan kamu semua..
Aku rindu semangatmu, aku rindu ketabahanmu..
Anak-anak kecil yang berumur lingkungan kanak-kanak sekolah rendah, di Palestin, di Syria mereka ditembak, dibom, disembelih oleh para musuh Islam.
Padahal, berbeza di Negara ku yang mana kanak-kanak yang berusia seperti mereka berpeluang bergelak ketawa, bersuka ria, bermain-main dan tak perlu memikirkan bila ajal akan tiba.
Ada antara anak-anak itu bertanyakan ‘Bilakah masa ku akan tiba (untuk dibunuh)’
Ya Rabbi, sampai begitu sekali semangat juang mereka..

Namun, berapa ramai umat Islam yang sedar akan hal ini? Berapa ramai umat Islam yang peduli akan hal ini? Berapa ramai diantara kaum pernah memikirkan keadaan saudara kita? Berapa ramai?
Jawapannya mudah… Tak RAMAI.
Paling-paling tidak pun hari ini kamu sibuk mencela perbuatan musuh Islam, esok lusa pula kamu mendokong perbuatan mereka dalam kamu tidak sedar.
Inikah sikap umat Islam? Umat Nabi Muhammad yang baginda rindui?
AllahuRabbi.. Ampunkan hamba-hambaMu yang hina ini Ya Allah..

Hanya berkata-kata kamu benci Israel, hanya berkata-kata kamu benci Amerika belum cukup wahai saudaraku.. belum cukup..
Sedang hatimu masih suka berbuat lagha. Sedang hatimu masih sukakan hiburan melalaikan. Andai kamu semua sedar yang kamulah telah menghina agama sendiri.
Kenapa ku katakan kita ini; umat Islam telah menghina Agama sendiri? Kerana Akhlak kita. Akhlak kita yang buruk itu telah memudahkan pihak musuh menyerang kita dari pelbagai sisi.
Akhlak Nabi Muhammad s.a.w adalah yang tertinggi yang patut kita contohi. Kerana akhlak baginda yang mulia, ramai tertarik dengan Islam. Tetapi kerana akhlak kita yang hina, ramai yang  menghina Islam..
Masakan tidak, yang dijadikan idola, yang dijadikan ikutan, yang dijadikan sanjungan adalah orang kafir..
Sibuk tiru gaya Korea,  sibuk layan Hindustan, sibuk tiru pembinaan Negara Barat, sibuk dengar lagu hard metal, sibuk mengagungkan falsafah barat.
Contoh –contoh Islam langsung tak mahu ikut. Padanlah hati menjadi keras.

Ketika aku sedang membaca Surah Maryam… kedengan suara keriuhan di luar bilik.
Ku intai dengan badanku masih bertelekung. Ku lihat 2 buah beg kertas dengan lambang  ‘M’ padanya. Ya Allah, pertama kali ku rasakan bagai hatiku disiat-siat bila melihat lambang tersebut. Rakanku mengajak untuk makan bersama namun aku melihatnya sahaja sudah tidak mampu apatahlagi mahu menjamahnya. Aku berhelah dari memakannnya.
Hati aku sedih sekali. Masih ramai umat Islam yang memandang enteng isu BOIKOT. Berapa ramai orang Melayu yang ku lihat berada di tempat terkutuk itu.. Ampunkan lah mereka Ya Allah.. mereka belum tahu.
Kenapa aku tak sanggup nak menjamahnya?
Kerana aku terbayangkan saudara-saudara se-Islam ku diluar sana yang dibunuh setiap hari hasil dari penjualan makanan itu.
Bagaimana aku tergamak untuk memakan makanan itu? Terbau-bau darah mereka. Ternampak-nampak daging-daging mereka. Terlihat-lihat mayat mereka. Oh sesungguhnya aku tidak sanggup. Tak terdaya aku.
Kuasa BOIKOT sebenarnya sangat efisien jika semua umat Islam mengambil berat.
Tapi terlalu sedikit yang menyedarinya. Terlalu sedikit yang mempedulikannya.
Ketika mana rakanku menjamah makanan itu. Aku tak sanggup melihatnya. Hati ini terasa dirobek-robek mengenang saudaraku yang terbunuh hasil jualan makanan itu.
Aku takut saudara-saudaraku yang syahid akan menuntut kelak diakhirat sana. Aku takut azab Allah.

Inilah serba sedikit perkongsian dari hati kecil ku. Aku tidak menghukum mereka. Mungkin belum terkesan di hati mereka sebagaimana terkesan di hatiku. Mungkin Allah belum lagi membukakan mata hati mereka.
Aku tak layak untuk berasa diri mulia dari mereka sedang diri ini banyak berbuat dosa..
Oleh itu, ambillah sedikit masa untuk bersama kita renungkan dan bersamalah kita perbaiki diiri. Menjadi muslim yang sejati. Semoga beroleh syurga Ilahi.
Masa ku tidak lah banyak untuk ku update blog selalu. Namun InsyaAllah akan ku cuba demi pembangunan Ummah. Demi menyahut seruan Allah dan Rasulullah .



Sunday, August 5, 2012

Perubahan kerana Allah


Dari K-pop(walaupun tak obsess) kepada nasyid
Dari novel cinta kepada novel ilmiah
Dari tudung biasa kepada tudung 50’
Dari baju biasa kepada baju muslimah
Bertambah aksesori seperti stoking kaki dan arm guard
Dari suka memandang kepada menundukkan pandangan (masih dalam usaha)
Dari seorang yang mengharapkan cinta manusia kepada seorang yang mengharapkan cinta Allah
*serba sedikit tentang perubahan diri. InsyaAllah, doakan semoga diri ini istiqamah.

"Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami setelah kau beri hidayah" 
Mungkin ex-classmate yang baca entri ini (kalau adalah…) ada yang tak percaya. Tak mengapa, boleh Tanya terus kepada Nordiana Bt Yusof, InsyaAllah dia adalah salah seorang yang telah menjadi saksi akan perubahan diri ini.

Kenapa diri ini berubah?
-Hidayah Allah..

Bagaimana diri ini melakukan perubahan?
-Peringkat-berperingkat dan sangat memerlukan ketabahan fizikal dan mentaldan emosi juga.

Apa pandangan orang lain terhadap perubahan diri?
-Pernah terdetik di hati tentang pandangan orang, tapi jujur, kalau kita berubah kerana Allah, kita tak perlu risau dengan kata-kata orang lain. Cukuplah Allah yang menilai..

*kalau lah dari dulu aku mengenal cinta Allah…*

sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah hirrahman nirrahim sebagai pembuka bicara

“Ada akak PRM (Persatuan Rakan Masjid) buat Usrah petang ni, nak pergi?” kata salah seorang sahabat saya dengan loghat Sabahnya..

“Nak, mestilah nak. Dah lama aku cari Usrah nii!” sahut aku dengan beria.

Inilah dipanggil takdir.

Tengah hari itu, aku bersama dua orang lagi sahabat yang mana kini semakin erat hubungan kami bertemu dengan satu tujuan iaitu ingin menyiapkan presentation BEL.
Tanpa disangka, Nina dapat mesej dari Kak Abid berkenaan usrah yang akan diadakan petang itu.
Aku teruja, Fathin juga. Entah kenapa. Mungkin Allah telah mengundangku ke majlis ilmuNya..
Pengisian hari itu lebih kepada sharing sebab kami semua baru kenal so, usrah hari itu dimulakan dengan taaruf. Ada 8 orang termasuk aku. Kami lebih banyak menangis dan itu yang mengeratkan lagi hubungan kami. Kerana sebab kami menangis adalah sama… “kenapa berada di sini??”
Aku ingat aku seorang yang mengenang nasib berada di sini, rupanya ramai yang lebih parah.
Mungkin Allah nak tunjukkan pada aku, bukan aku seorang sahaja. Allah itu adil..

Akhirnya, aku jumpa juga dengan apa yang ku cari selama ini. Datang dari keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian amat sukar bagi aku untuk mempraktikkan perkara yang aku baru tahu. Tapi aku tetap mahu berusaha. Biar aku jadi contoh buat keluarga, InsyaAllah.
Pencarian aku tak terhenti di situ. Aku terus menerus cuba untuk meng’konsisten’kan kehadiran aku ke majlis ilmu itu. Bagi aku usrah ini adalah ‘charger’ kepada ‘bateri’ hati aku. Jika aku tidak hadir, maka aku tak dapat nak ‘charge’ ‘bateri’ hati ku ini. Kemudian, housemate aku yang aku paling rapat dengannya.. (kami rapat kerana Allah) menawarkan aku untuk ke halaqah atau taklim, atau banyak lagi… macam2 istilah digunakan, tapi ianya sama. Aku menurut kerana bagi aku apa salahnya pergi banyak majlis ilmu dari banyak tempat maksiat.

Indahnya tarbiyyah, manisnya ukhuwah.

Ketika inilah aku jumpa ramai mawar-mawar agama yang InsyaAllah mendapat rahmat dan keberkatan Allah. MasyaAllah, semangat kakak-kakak senior yang ikhlas dalam berdakwah sangat aku kagumi. Sesibuk manapun mereka, sejauh manapun mereka berada, mereka tetap dating ke PALAM demi mencari redha Allah. Sungguh besar pengorbanan mereka. Hanya Allah yang mampu balas. Halaqah yang aku hadiri ini diadakan setiap minggu pada hari Selasa. Walaupun aku sedar jadual aku paling mampat adalah pada hari Selasa, aku tetap mencuba menghadirkan diri kerana tidak mahu terlepas rahmat Allah dan doa dari para malaikat yang akan melebarkan sayapnya di majlis-majlis ilmu sebegini. Biarlah penat badan, jangan hati ini menjadi hati yang sakit. 

Ya Allah, Subhanallah. Aku sangat mengagumi mereka kerana Allah. Aku teringin untuk menjadi seperti mereka. Dan kemudian itulah, aku telah tanam dalam diri ini, aku ingin berubah. Dan, rupanya inilah hikmah yang Allah nak beri pada aku.

Ucapan perkongsian dari aku semasa taklim;

“Sejak tamat SPM, saya sangat mengimpikan agar dapat masuk UIA. Sebab saya nak sangat join usrah, saya nak sangat berubah jadi seorang yang lebih baik, saya nak sangat jadi wanita solehah. Tapi ternyata Allah memberikan UiTM. Mula-mula saya sering persoalkan kenapa UiTM? Kenapa? Aku tak suka tempat ni. (mungkin kerana namanya UiTM) tapi, saya terlupa yang Allah tak beri apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu. Dan ya, inilah yang saya perlu. Saya sekarang berada dalam satu suasana yang sudah lama saya impikan (Alhamdulillah, terima kasih, Allah)”

*kedua-dua usrah kini menjadi satu acara yang sangat aku sayang*
Apa perubahan yang ku lakukan, InsyaAllah akan diberitahu..

Friday, March 30, 2012

Alhamdulillah for giving me these test, Allah.Part2

Note: For this special entry, there is no songs that inspired me because the only inspiration that I can get from is Myself.


UJIAN KEDUA~KENDURI KAHWIN 
Haha, anda salah sekiranya menyangkakan saya yang berkahwin. Kah kah. Kenduri kahwin siapa? Oh, abang saudara saya yang berkahwin. Tahniah buat Mohd Qudzzie dan pasangan, Nurul Huda yang telah diijab kabulkan pada 10 Mac 2012 di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. (majlis sebelah perempuan).

Editing by me!

So, nak tahu lebih lanjut, kemeriahan majlis orang JB ni, saya tampilkan beberapa keping gambar yang telah di captured oleh saya sendiri (cewah).

Rombongan pihak lelaki (keluarga sayalah tu)

Tok Kadi yang macam garang je.

Pengantin perempuan (kakak saudara saya)

Keluarga kecil pihak lelaki

sukasuki

Raja Sehari-sehari je duduk macam ni

Makan beradab with kek

Kreatif sekejap_kaum hawa sebelah lelaki

MakanKekBersuap pon boleh

Hantaran daripada pihak perempuan untuk pihak lelaki

Hantaran daripada pihak lelaki untuk pihak perempuan

Bapak pengantin perempuan yang pakai baju purple, tau

saja nak kecikkan

~mereka sweet~

Lelaki-ans dari pihak lelaki


Antara ujian yang kami hadapi sepanjang majlis perkahwinan di JB adalah, kesesatan untuk mencari homestay kami, bayangkan, kami semua tersesat sampai ke Pasir Gudang gara-gara nak cari jalan masuk ke Taman Perumahan Kak Huda. sudahlah bertolak dari rumah nenek pada pukul 1 pagi, dan sampai di JB pada pukul 6, lepas tu boleh pula sesat. huh.. Tengah hari dah lah ada Majlis Pernikahan.. hui hui hui. Tapi, Alhamdulillah, nasib baik semua berjalan lancar selepas itu. Kemudian, bila dah sampai di homestay, MashaAllah, luasnya rumah ni..End lot lagi. (hanya dari luar) Bila dah masuk dalam, hambek kau. Ada 3 bilik saja, dengan 2 bilik air. Yang nak tinggal situ, 2 Keluarga besar dengan beberapa orang tua yang perlu dijaga dengan baik. Tapi tak mengapalah, dua hari je pun. Then, bila selesai Majlis Resepsi, kami ambil keputusan untuk pulang hari tu juga. Grr, kerana lupa, Pakcik Johan saya tidak memasukkan ke dalam but kereta skuter anak-anaknya. Maka hilanglah begitu sahaja. Terkilannya.

Akan tetapi ada juga berita yang mengujakan, hurm, takpelah.. biarlah saya sahaja yang tahu (padahal ramai dah tahu) Ah, lantak! hahaah.

Itu sahaja setakat ini. nanti sambung lagi sebab ada tugasan lagi pula belum makan. 



Wednesday, March 28, 2012

Alhamdulillah for giving me these test, Allah.Part1

Note: For this special entry, there is no songs that inspired me because the only inspiration that I can get from is Myself.


Sungguh saya tidak dapat menyusun kata dan ayat untuk entri kali ini. Entah kenapa.. Mungkin terlalu lama tidak menulis kerana beberapa hal dan peristiwa yang telah berlaku ke atas diri saya kebelakangan ini..
Jika dilihat pada tajuk mungkin anda, sebagai pembaca dapat mengagak yang saya menghadapi pelbagai dugaan dan ujian yang telah ditakdirkan Allah ke atas saya. 

UJIAN PERTAMA~DRIVING LICENSE
Pada akhir bulan Jan yang lepas, saya dan beberapa orang sahabat telah mengambil keputusan yang sangat bijak untuk mengambil lesen kenderaan. Semenjak itu, hari-hari yang saya lalui telah berubah menjadi hari-hari yang penuh  emosi. Perasaan yang mula-mula sekali menyinggah adalah perasaan teruja. 'Wow, lepas ni habislah kereta ayah aku kerjakan'. Saya  mengalami permulaan yang baik dengan mendapat keputusan 49/50 untuk ujian komputer. Saya berjaya mendapatkan lesen L saya walaupun agak lambat dek gambarku tertukar dengan gambar jiran rumah hujung. Grrr. 
Kemudian, setelah beberapa hari selesai kursus Amali atau kursus 6 jam, (walaupun saya hanya buat 3 jam) saya pun memulakan kelas belajar memandu saya bersama dengan cikgu memandu yang cool and slumber, PakCik Din. Hari-hari saya selepas itu banyak dihabiskan bersama beliau di dalam kereta. Saya masih ingat pertama kali masuk ke kereta, saya duduk di kerusi pemandu saya diarahkan untuk membetulkan tempat duduk, pakai tali pinggang keledar, periksa signal and wiper, freekan gear and so on. Kemudia beliau ajar saya tentang cara penggunaan clutch and gear.
*Fast forward
Setelah lebih kurang sebulan saya belajar bersama beliau, PakCik Din menyakinkan saya untuk mendaftarkan diri bagi ujian bahagian 2&3 pda pertengahan bulan Mac. Dan Ya! Saya telah menghadirkan diri ke IMKEDA di Cheras untuk menduduki ujian tersebut. Keputusannya, saya lulus untuk ujian Jalan Raya tetapi gagal untuk ujian bahagian 2 (bukit). -damnyoubukit- haha, saya memang tak suka bukit sebab saya bercinta dengan parking dan 3 pointer. So, apa nak buat terpaksalah saya repeat that part. kegagalan kali pertama mungkin disebabkan ke-nervous-an yang melampau sampai saya baca ayat seribu dinar beratus kali dekat litar tu. And, Alhamdulillah saya berjaya masa kali kedua. And yes, kali kedua I can handle it and take it easy. Tak nervous dah. Ada hikmah sebenarnya.. Nanti saya cerita. Befiore that, saya nak cakap something. 
"Saudari dan Saudara sekalian, tak perlulah anda nak menjadi seperti orang lain. Tak perlulah anda nak iri hati dan membenci orang lain yang lebih baik dan bagus daripada anda. Mungkin itu nasib, tuah dan rezeki yang Allah telah berikan pada mereka. Dan mungkin ini sudah menjadi takdir kita yang paling baik yang telah dikurniakan Allah. Ingat, orang yang diuji kesusahan padanya ialah orang yang akan menjadi paling akrab hubungannya dengan Allah. Takkan anda semua tak mahu kita berhubungan akrab dengan Allah. Maka, ucapkan syukur."
Walaupun saya gagal bukit (okay, malu sikit), tetapi ianya tidak sedikit pun menjatuhkan semangat saya.
"Kamu tidak gagal apabila mengalami kejatuhan, tetapi kamu gagal sekiranya kamu tidak bangun"
Mungkin ada sekelumit cemburu yang tidak keterlaluan kepada teman-teman yang berjaya lulus dengan mudah (fisrt attempt). Tapi, saya tetap bersyukur. Sebab saya tahu, ada hikmah disebalik semua ini. Allah punya kejutan yang indah buat saya. Mereka mungkin berjaya in their fisrt attempt, tetapi mereka mungkin tak berjaya dalam beberapa hal pada hari-hari mendatang. Tak macam saya, mungkin saya gagal hari itu, tapi tidak hari ini.

Sehubungan itu, tidak kiralah besar mana kejayaan, susah mana kegagalan, teruskan mengucap syukur pada Allah.
"Jika kita mahu Allah mengingati kita waktu susah, ingatlah Allah pada waktu senang"
Cuma nak tambah, kalau nak lagi best...Ingatlah Allah pada waktu susah dan senang. Nescaya, hari-hari anda diberkati dengan rahmat Allah.

-Saya akan sambung ujian-ujian yang saya lalui beserta hikmahnya,InsyaAllah pada entri berikutnya- 


Thursday, March 8, 2012

Perbandingan-perbandingan antara Islam dan Kristian (1)

InshaAllah By Maher Zain


"Don't despair and never loose hope; InshaAllah you'll find your way"

Islam merupakan agama yang bebas darpada kemungkaran dan kebatilan, yang membimbing kita ke jalan keselamatan. Sedangkan agama Kristian penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi.
Maka, dengan ini disertakan perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam:





1. Isu Ketuhanan


Dalam Islam, Allah itu Esa, dan tidak bersekutu dengan apa pun juga. Allah itu unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaanNya. Dimana Al Quran juga ada menyebut Allah itu tunggal, Dia tidak beranakdan tidak pula diperanakkan. Tiada satu pun yang sama, serupa denganNya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yangg dihajatkan  oleh manusia. Jika hendak disebutkan satu persatu akan segala kesempurnaanNya maka hendaklah kita menimba ilmu yang ada di dalam Kitab Suci Al Quran itu sendiri.




Sebaliknya, agama Kristian percaya bahawa Tuhan itu bukan satu tetapi tiga: bapa, anak, dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya 'Putera Tuhan' dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga serta sangat bergantung kepada air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh  manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan? dan apakah ada  perbezaan lagi antara Tuhan dan manusia? Kitab Suci Al Quran dengan tegas menyatakan bahawa sesiapa yang mengatakan Kristus itu tuhan atau putera tuhan, maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi kafir. Orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai putera tuhan telah memfitnah tuhan. Al Quran telah mengajar bahawa Kristus serupa dengan Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh, dan lain-lain nabi. Sebagai utusan dan nabi, mereka juga adalah manusia, makhluk dan bukan pencipta. 


Maka, cuba difikirkan sendiri betapa jelas dan munasabah ajaran Kitab Suci Al Quran ini dan betapa agama Kristian mengusutkan dan tidak masuk akal sama sekali.