Sunday, August 5, 2012

sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah hirrahman nirrahim sebagai pembuka bicara

“Ada akak PRM (Persatuan Rakan Masjid) buat Usrah petang ni, nak pergi?” kata salah seorang sahabat saya dengan loghat Sabahnya..

“Nak, mestilah nak. Dah lama aku cari Usrah nii!” sahut aku dengan beria.

Inilah dipanggil takdir.

Tengah hari itu, aku bersama dua orang lagi sahabat yang mana kini semakin erat hubungan kami bertemu dengan satu tujuan iaitu ingin menyiapkan presentation BEL.
Tanpa disangka, Nina dapat mesej dari Kak Abid berkenaan usrah yang akan diadakan petang itu.
Aku teruja, Fathin juga. Entah kenapa. Mungkin Allah telah mengundangku ke majlis ilmuNya..
Pengisian hari itu lebih kepada sharing sebab kami semua baru kenal so, usrah hari itu dimulakan dengan taaruf. Ada 8 orang termasuk aku. Kami lebih banyak menangis dan itu yang mengeratkan lagi hubungan kami. Kerana sebab kami menangis adalah sama… “kenapa berada di sini??”
Aku ingat aku seorang yang mengenang nasib berada di sini, rupanya ramai yang lebih parah.
Mungkin Allah nak tunjukkan pada aku, bukan aku seorang sahaja. Allah itu adil..

Akhirnya, aku jumpa juga dengan apa yang ku cari selama ini. Datang dari keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian amat sukar bagi aku untuk mempraktikkan perkara yang aku baru tahu. Tapi aku tetap mahu berusaha. Biar aku jadi contoh buat keluarga, InsyaAllah.
Pencarian aku tak terhenti di situ. Aku terus menerus cuba untuk meng’konsisten’kan kehadiran aku ke majlis ilmu itu. Bagi aku usrah ini adalah ‘charger’ kepada ‘bateri’ hati aku. Jika aku tidak hadir, maka aku tak dapat nak ‘charge’ ‘bateri’ hati ku ini. Kemudian, housemate aku yang aku paling rapat dengannya.. (kami rapat kerana Allah) menawarkan aku untuk ke halaqah atau taklim, atau banyak lagi… macam2 istilah digunakan, tapi ianya sama. Aku menurut kerana bagi aku apa salahnya pergi banyak majlis ilmu dari banyak tempat maksiat.

Indahnya tarbiyyah, manisnya ukhuwah.

Ketika inilah aku jumpa ramai mawar-mawar agama yang InsyaAllah mendapat rahmat dan keberkatan Allah. MasyaAllah, semangat kakak-kakak senior yang ikhlas dalam berdakwah sangat aku kagumi. Sesibuk manapun mereka, sejauh manapun mereka berada, mereka tetap dating ke PALAM demi mencari redha Allah. Sungguh besar pengorbanan mereka. Hanya Allah yang mampu balas. Halaqah yang aku hadiri ini diadakan setiap minggu pada hari Selasa. Walaupun aku sedar jadual aku paling mampat adalah pada hari Selasa, aku tetap mencuba menghadirkan diri kerana tidak mahu terlepas rahmat Allah dan doa dari para malaikat yang akan melebarkan sayapnya di majlis-majlis ilmu sebegini. Biarlah penat badan, jangan hati ini menjadi hati yang sakit. 

Ya Allah, Subhanallah. Aku sangat mengagumi mereka kerana Allah. Aku teringin untuk menjadi seperti mereka. Dan kemudian itulah, aku telah tanam dalam diri ini, aku ingin berubah. Dan, rupanya inilah hikmah yang Allah nak beri pada aku.

Ucapan perkongsian dari aku semasa taklim;

“Sejak tamat SPM, saya sangat mengimpikan agar dapat masuk UIA. Sebab saya nak sangat join usrah, saya nak sangat berubah jadi seorang yang lebih baik, saya nak sangat jadi wanita solehah. Tapi ternyata Allah memberikan UiTM. Mula-mula saya sering persoalkan kenapa UiTM? Kenapa? Aku tak suka tempat ni. (mungkin kerana namanya UiTM) tapi, saya terlupa yang Allah tak beri apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu. Dan ya, inilah yang saya perlu. Saya sekarang berada dalam satu suasana yang sudah lama saya impikan (Alhamdulillah, terima kasih, Allah)”

*kedua-dua usrah kini menjadi satu acara yang sangat aku sayang*
Apa perubahan yang ku lakukan, InsyaAllah akan diberitahu..

No comments:

Post a Comment