Wednesday, December 26, 2012

Aku bersahaja, Dia luar biasa


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam ukhuwah.
Semoga hati-hati kita masih terbuka untuk menerima ilmu yang bermanfaat. Semoga hati-hati kita masih Allah mahu berikan hidayah. Semoga hati-hati kita beransur suci dari noda bintikan hitam. Semoga sahaja kamu mendapat ibrah dan input yang berguna melalui entriku yang tidak seberapa kali ini.

Segala puji-pujian hanyalah buat DIA; Allah. Sertakan juga selawat dan salam ke atas Nabi kita yang teramat mulia, Muhammad S.A.W. tidak dilupa ahli keluarga, kaum kerabat baginda dan seterusnya para sahabat yang menjadi contoh sehingga ke hari ini.

Buat para mujahid wa mujahidah, teruskan perjuangan antunna. Semoga diniatkan kerana Allah dan Rasulmu. Semoga redha Allah bersama kalian selalu. Aku tidak setaraf kalian dan juga tidak semampu kalian dalam perjuangan. Hebat sungguh semangat yang ada dalam diri kalian. Sehingga aku pun cemburu.
Untuk para syahid wa syuhada’, yang hidup dan matinya hanya kerana Allah. Sungguh aku kagumi diri kalian. Beruntungnya diri kalian. Yang mempertahankan maruah diri, agama, Negara dan bangsa. Kalianlah salah satu sumber kekuatan dan kesabaran ku.

Ya, saya tahu mukaddimah panjang nya alahai.. hehe. Ketika halaqah, lagi pula. Murobbiah member mukaddimah sampai tidak tahu mana pemula mana penghujung. Mungkin diri ini yang terlalu khusyuk agaknya.

Ana nak share satu kisah.

A merupakan seorang pelajar sepenuh masa di sebuah IPT yang terkemuka jugaklah. Dah lama A ni nak berubah ke arah kebaikan. Hatinya mahukan ketenangan, dirinya mahukan pembaikan akhlak. Semua itu fitrah. Tidak lama menuntut di IPT tersebut, A dapat apa yang dinginkan dan apa yang diperlukan. Dia berkomitmen dengan halaqah. Setiap kali dia cuba istiqamah berhalaqah untuk meng’charge’ imannya. Dia Berjaya. Dia berubah sedikit demi sedikit. Ramai yang melihat dan mula menilai perubahan dalam dirinya. Tapi dia tidak ambil pusing kerana  bagi dirinya, hanya redha Allah kini yang dicari dan didamba, bukan lagi redha manusia. Kadang-kala A merasakan dirinya sudah cukup baik, bagus dan solehah. Syaitan tidak akan pernah sunyi dalam menyesatkan anak cucu Adam. Perasaan itu terus membelenggu dalam diri A sehingga satu hari ini…

A terdengar perbualan rakan sekuliahnya di surau. B seorang yang bertudung labuh bulat. Berasal dari Pantai Timur dan akhlaknya yang cantik menggugat sedikit hati A.

(Perbualan ini telah dicampur aduk tokok tambah perisa untuk dinikmati kesedapannya bersama)

XX: B, hamboi semalam time tutorial…
B: hah, dop pahe lah. Gapo mu nih?
XX: Heh, semalam mu time tutorial, buat ape?
B: eh, jangan salah sangka dulu. Astaghfirullah, mungkin dia seorang yang peramah.
XX: Yelah. Aku bergurau je.
B: bergurau pun lihat keadaan dan situasi. Takut nanti ada yang terguris hati.
XX: Maaf, B.
B: aku maafkan mu.

A tersentap. Setahu A, B bukanlah seorang yang berkomitmen halaqah. Tapi akhlaknya sangat cantik. Peribadinya indah. Tidak keterlaluan untuk dipuji. Pada A, kalau dia yang berada di situasi tersebut tak tahulah apa yang bakal keluar dari mulutnya. Setelah itu, mata hati A telah terbuka. Tidak buta lagi. A sedar sepatutnya dia yang sudah di tarbiyyah perlu lebih lebih dan lebih menunjukkan akhlak yang baik kepada masyarakat khususnya kepada rakan terdekat. Agar seiring dengan perubahan. InsyaAllah A akan memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa.

Ya Allah,
Aku cemburu.
Cemburu melihat dia.
Melihat sarung kakinya yang basah kerana air hujan yang melimpah,
Melihat kainnya terkena becak kerana tak mahu menyingkap,
Melihat tudungnya yang bulat kerana tak mahu tabarruj,
Melihat lisannya yang tulus tak mahu berdusta,
Mampukah aku seperti dia?

No comments:

Post a Comment