Friday, December 28, 2012

Sudah berbeza , Walau tetap yang sama


Bismillahirrahmanirrahim

AllahuAkbar, AllahuAkbar,AllahuAkbar

Segala puji bagi Dia Tuhan semesta alam yang masih memberi peluang kepada seluruh umat manusia yang hidup pada hari ini untuk membaiki diri.
Semakin usia meningkat, semakin hampir dengan kematian yang pasti. Namun, sudah siapkah kita?
Tepuk dahi, Tanya iman.

Hari ini pagi-pagi lagi sudah mencelikkan mata bersiap untuk keluar.
Lillahitaa’la. Segala pekerjaan dikira ibadah mengikut niatnya.

Kalau Allah yang diniatkan, maka Allah lah yang ia dapat,
Kalau populariti yang diimpikan, maka itulah yang ia bakal mendapatkan.

Allah itu tidak zalim, sebaliknya manusialah yang menzalimi dirinya sendiri.

Hala tuju ku, KLCC.
Lama benor tak jejak kaki ke situ. Kalau dahulu, Allahu tok sah cakap pantang ade cuti hujung minggu apalagi keluarlah lepak menapak kat situ. Tapi itu dahulu.. zaman jahiliah dulu.
Dulu berjalan tanpa hala tuju, ikut sahaja ke mana angin ingin membawa. Tapi hari ini aku sudah ade habit terbaru. OBSERVING PEOPLE. Seronok habit ni. Mengajar aku sesuatu tentang manusia. Ceh, macam psychologist pula.

Setibanya di LRT WM, aku terus menambah nilai kad MyRapid. Kemudian aku naiklah LRT tu ke KLCC. Di dalam LRT aku memerhati. Hehe. Terlihat aku sekumpulan kecil remaja perempuan. Tiga orang semuanya. Ketiga-tiga muka macam cina. Speaking habis lah kalau berborak,kan. Dua daripadanya memakai pakaian biasa orang cina pakai. Yang sorang itu memakai tudung (shawl) dan nampak ayu sangat. Rasanya mereka ni satu sekolah keluar hangout. Yang bertudung nampak relaks and cool ketika berbual. Suara alahai lemah lembut. Harapnya, dia istiqamah dan menjaga perhubungan dan batas-batas pergaulan bukan sahaja dengan yang bukan muhrim bahkan jua yang bukan muslim. InsyaAllah dia boleh.

Seterusnya, aku meneruskan perjalanan ke taman KLCC. Mencari-cari tempat duduk untuk mengurangkan lelah. Akhirnya jumpa. Tapi pemandangan ketika itu agak sedikit merimaskan, menjijikkan dan haish tak BEST! Sekumpulan kecil anak remaja Melayu. Dua lelaki seorang perempuan yang ber’blonde’ rambutnya. Melihat tingkah laku mereka, aku jadi sedih. Bila mereka tak lagi malu dengan Allah, mana nak malu dengan manusia. Maruah diri seorang perempuan direndahkan sebegitu rupa. Aku harapkan moga hidayah menjengah mereka, moga kesempatan bertaubat diberi sebelum ajal menempa. 

Kemudian, ketika waktu solat zohor, aku bergegas ke musollah dalam KLCC untuk melihat orang lagi. Ramainya … Subhanallah. Kalau dahulu, lengang selengang lengangnya. Haha. Orang yang tidak boleh solat siap boleh duduk dalam itu menunggu member-member yang tengah solat. Tapi sekarang diluar sahaja tempat mereka. Ramai juga foreigner dan pelancong dalam Negara. Alhamdulillah, masih ramai lagi yang menunaikan solat. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Kesimpulannya, KLCC merupakan tempat yang sama  sperti 3 tahun dahulu. Tapi kini, aku lihat ia dari sudut yang berbeza dan aku lihat situasi dan suasananya juga dah berbeza. Aku mengharapkan kemenangan Islam semakin hampir. Banyak yang indah pemandanganku hari ini. Alhamdulillah, bila kita niat ikhlas kerana Allah, Allah akan beri ganjaran dalam bentuk yang kita tak pernah sangka.

Selamat tinggal JAHILIAH, Selamat datang HIJRAH.

Sayang Allah, Sayang Rasulullah. Semoga kita menjadi ahli Jannah nanti.. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment