Friday, February 24, 2012

Teraniaya. Perkara biasa atau Ujian Allah?

Mean by Taylor Swift
"Someday, I'll be big enough so you can't hit me. And all your ever gonna be is mean."
Saya percaya, semua orang yang hidup di muka bumi Allah ini tidak pernah sunyi diuji oleh Allah. Ujian Allah datang dalam banyak cara dan situasi yang kadang-kadang mempengaruhi seluruh hidup mereka yang diuji. Ada kalanya ia datang dalam bentuk nikmat seperti kekayaan, kemewahan, kelahiran, kebahagiaan, keamanan, dan kemajuan. Tapi kadangkala ia datang dalam bentuk musibah seperti kemiskinan, kedaifan, kematian, kemusnahan dan kemerosotan, Semuanya adalah kerana Allah sayang kepada kita. Ujian Allah merupakan proses meningkatkan tahap keimanan dalam diri kita. Dan sejauh mana kita bersyukur terhadap-Nya. Ingatlah, Allah tidak memberikan ujian atau bebanan yang tidak mampu ditanggung dan dipikul hamba-hambaNya.
Mungkin ramai yang pernah dengar kata-kata ini. "Jangan suka sangat, nanti menangis" (lebih kurang cenggitu lah). Maknanya, kita ni sepatutnya perlu sentiasa beringat. Do look before you fall.

Okay, enough said! Back to the point.

Teraniaya, dianiaya, mengkhianati, dikhianati, pengkhianat and bla bla bla... Hurm, teruknya perkataan-perkataan ini.
Bila kita dianiaya, itu pun merupakan ujian Allah, bukan? Bila kita berbuat baik, bersungguh-sungguh, memberi kerjasama, patuh arahan tetapi kita diperlakukan sebaliknya, itu pun ujian Allah, bukan?

Jadi, ayuhlah. Ucapkan rasa syukur Alhamdulillah kepadaNya kerana masih sayangkan kita dan masih mengingati kita, hamba yang pernah melupakanNya. Kita perlu selalu yakin dengan Allah. Biar kita mengejar cintaNya jangan kita terlepas hidayahNya. Dan, YA! Penganiayaan itu berlaku ke atas diriku sendiri. Belum pernah ku rasakan kan sebuah penganiayaan yang begitu dahsyat. Mungkin diriku masih muda dan belum banyak menimba pengalaman. Mereka fikir mereka mampu memperlakukan diriku sebegini. Menunggu kucing bertanduk dan menunggu ayam jantan bertelur. Come on, sebenarnya saya ialah seorang DEBATER!! yang menggondol title Naib Juara. Okay, saya dah dengar dah bunyi-bunyi sengau. "Eleh, kau ada?" haha. Cuma saya bukan seorang yang terlalu agresif. I do have my points. Saya mengambil langkah selamat supaya kurang melatah ketika ditimpakan dengan pelbagai persoalan.
Melakukan pekerjaan part time sejurus selepas selesainya saya menduduki SPM dan tamat menjalani kehidupan ALMA MATER, mungkin bukan merupakan keputusan yang bijak. *Anak-anak yang soleh dan solehah, lain kali dengar cakap ibu!* Tapi itulah keputusan yang saya ambil. Semuanya, kerana keinginan kepada nikmat dunia yang kugelar "DUIT".
Agak lebih kurang cukup sebulan suku jugak lah saya bekerja sebagai tett di tett. Memang banyak dugaan yang melanda diri ni. Pelbagai peristiwa yang menggugat iman dan haish, macam-macam lah. Akan tetapi sedikit sebanyak, ia telah mengajar diriku supaya kekal tabah, berhati-hati dan juga menghayati hidup ini dengan penuh sabar.
Berangan-angan lah saya beberapa ketika dalam hati yang mengatakan, "tak lama lagi aku dapat lah gaji"
Ya, memang dapat tapi ianya tidaklah seperti yang kuharapkan dan tidaklah seperti yang telah dijanjikan. Ya Allah, aku bersyukur atas apa yang aku dapat Ya Allah. Cuma aku berasa ianya tidak setimpal dengan apa yang telah aku lalui sepanjang bekerja di situ. Macam-macam yang telah aku lalui tapi hanya itu yang aku perolehi. Namun aku sedar itu semua ujian dariMu buatku.
Setelah saya mengetahui situasi sebenar, sya jadi fobia, saya jadi serba salah lagi-lagi dengan Ibu yang berhempas pulas menentang saya daripada bekerja sebagai tett di tett. Saya pernah berjuang tapi perjuangan itu berhenti di tengah jalan bila mana saya sedar saya telah sakitkan hati aku sendiri. Bukan kerana berputus asa tetapi saya tak mahu lagi menaruh harapan setinggi gunung seperti masa mula-mula saya bekerja. Ketika itu igauan yang melampau, semua ada. Dan, kerana semua inilah naluri hati menyuruh saya menghentikan perjuangan ini dan hanya bertawakkal dan berdoa kepada Allah atas penganiayaan ini.
 "Sesungguhnya antara orang-orang yang teraniaya itu dengan Allah, tiada dinding. Jadi berhati-hatilah dengan doa dari golongan ini" 
And Yes, saya percaya dan yakin denganNya. Jadi saya tak takut untuk diperlakukan sebegini.

Dan akhirnya, effect daripada kes ini.... Saya sangat fobia untuk kerja part time macam tu lagi. Dan saya telah berjanji pada diri ini saya takkan bekerja macam itu lagi di tempat seperti itu. Dan mulai saat ini saya hanya akan mendengar kata-kata Ibu sahaja. Saya rela kemahuan saya terbatas asal Ibu sentiasa senang bersama saya dan Allah tidak memurkai diri ini. Percayalah, saya bukan orang yang putus asa.. Saya sebenarnya sedang mencari hikmah disebalik semua ini.
Berhati-hatilah anda melayari bahtera hidup di dunia yang fana' ini. Semoga selamat sampai ke destinasi dan bahagia di sana hendaknya.


No comments:

Post a Comment