Saturday, September 29, 2012

Ketenangan yang ku miliki


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Di kesempatan ini ingin sekali saya mengajak para pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah kembali ke menemui Allah sebelum kita.
Jangan lupa juga untuk terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita yang sedang berjuang siang dan malam.
Saya pasti umum mengetahui doa merupakan senjata mukmin. Maka gunakanlah keistimewaan yang ada pada diri kita sebagai umat Islam. Allah Maha mendengar segala sesuatu. Allah dengar doa kita. Cumanya tinggal lagi sama ada kita bersungguh-sungguh atau lalai sahaja dalam doa kita.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya diri ini dapat menulis lagi di sini.
Walaupun ambang FINAL Exam kian merapati, namun tidak menjadi alasan untuk ku terus melaksanakan tugas ku iaitu menyampaikan.
Tiba-tiba hilang mood untuk study malam ini (ketika ini saya sedang menulis pada waktu malam)
Puas saya cari ilham dan kekuatan untuk memulakan namun terasa hambar. Mungkin badan mula penat, otak pula memerlukan rehat. Saya patut berehat sebentar. Namun tak bermakna saya boleh membiarkan diri hanyut dengan perkara yang melalaikan. Maka dengan itu, saya ambil keputusan untuk menulis di sini. Untuk tatapan umat. Untuk pembangunan ummah. Moga-moga ada hati yang bakal tersentuh. Moga-moga ada hati yang diberi hidayah dan sinar Islam kepadanya.
Sama-sama kita luruskan niat dalam mengerjakan segala sesuatu.  Lillahita’aala!
Ketika mana sahabat-sahabat  yang saya sayangi kerana Allah sedang berjihad dengan ‘study’ mereka (membuat persediaan untuk FINAL EXAM). Saya sedang diatas tilam menulis bait-bait perkataan diruangan terpencil ini. Hanya ditemani roommate kesayangan yang juga sama tiada mood pada malam ini. Cuma, cara beliau agak sedikit berbeza (takpelah dia pandai.hehe).
Tipulah jika saya tidak risau akan kedatangan FINAL EXAM. Malah sayalah yang patut menjadi orang yang paling risau di dalam rumah ini. Apabila diri ini dikelilingi orang-orang yang pandai belaka, diri ini terasa kecil sekali.  Saya yakin mereka menjadi pandai sebegitu kerana usaha mereka sedangkan saya usaha sedikit sekali. Maka setimpallah dengan keputusan yang saya dapat.
Tapi, entah mengapa. Sejak kembali mendekatkan diri kepada Allah hati ini berasa tenteram sahaja. Benarlah firman Allah;

(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram. (13:28)

Ketika mana saya menjawab soalan peperiksaan saya merasakan ketenangan yang teramat sanagt berbeza dengan keadaan sebelum ini.
Dan ketika mana saya selesai menjawab, hati merasa tenang. Bila diingatkan balik, mungkin sekali kerana ingat kepada Allah.
Berulang kali hati berbicara; ‘takpelah, bersyukur lah sebab kau dapat jawab banyak jugak ni. Sekarang bertawakallah pada Allah. Segala keputusan ditangan Allah. Dia tahu apa terbaik untuk kau. Orang lain mungkin tak dapat jawab macam mana banyak kau jawab(padahal saya jawab sikit je). Tapi tetaplah bersyukur. ‘
Ketika itu saya hanya berharap agar lulus pun jadilah, Ya Allah…
Selang seminggu hari peperiksaan itu, saya terima kembali kertas saya (maknanya dapat result lah). Walaupun tak banyak (memang tak banyak pon). Entah kenapa hati tetap bersyukur dan bertahmid kepada Allah atas pemberiannya itu. Sangat serius. Memang tak banyak. Setengah je kot dari full mark. Tapi entahlah.. hati tetap tenang dan siap suruh diri ini bersabar dan terus berusaha kerana  ini bukan penghujungnya. Nilaian nombor itu tak menjamin saya untuk menjadi lebih kaya atau lebih miskin. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan segala sesuatu.
Akan tetapi, bila dilihat sahabat-sahabat yang mendapat markah jauh jauh jauuuuuuuuh lebih tinggi dari saya. Dan bila ditanyakan kepada mereka

‘berapa kau dapat?’ “Alah, sikit je”

Seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan rahmat Allah. Benarlah manusia itu tidak pernah puas. Sering nak kan lagi dan lagi. Tapi, saya tak mahu menghukum mereka. Dan janganlah kalian menghukum mereka. Mungkin mereka mencuba merendahkan diri dan hati supaya tidak timbulnya riak dalam diri mereka. Teruskan lah bersangka baik.
Cuma  alangkah baik jika kerendahan hati disertakan dengan tahmid dan ucapan syukur pada-Nya.
Murobbiah saya selalu mengingatkan sebagai seorang pelajar,

 jangan pernah menjadi HAMBA STUDY jadilah HAMBA ALLAH.

Janganlah  asyik study tanpa niat yang betul dan meletakkan kebergantungan kepada study. Itu masalah akidah jadinya. Anggaplah study itu salah satu cabang usaha kita.
Kerana masih ramai yang berkira-kira masa dengan Allah.
·         Melewat-lewatkan solat
·         Tidak bertilawah
·         Mengambil tahu masalah umat
Dan tidak melakukan ibadah-ibadah lain kerana takut menganggu masa yang ada atau yang diperuntukkan untuk study. Masa itu Allah yang beri pada kita. Jika Allah nak ambil dari kita… padanlah muka kita.
Janganlah stay up sampai 2 3 pagi untuk study tapi SUBUH 7 8 pagi… Astaghfirullah..
Nabi tak pernah ajar kita supaya jadi macam itu. Macam mana nak dapat keberkatan kalau solat pon tak mampu kita jaga.
Muhasabahlah diri kita balik. Kalau kita boleh habiskan masa dengan main game, menonton cerita korea, menonton cerita barat, membaca novel cinta, membaca komik jepun, melayari mukabuku, mengupdate burung kicau.. tanyalah mana pergi masa kita untuk solat awal waktu, tahajjud, dhuha, taubat, tilawah, tadabbur, membaca novel islamik, membaca kisah tokoh-tokoh Islam/para sahabat, melayari blog-blog islam, mendengar taklim, menghadirkan diri ke halaqah dan sebagainya.
Tanya diri kita sekarang sebelum Allah tanya dirimu kelak.
Alhamdulillah, Allah memberi ketenangan kepada hambaNya yang hina ini hanya dengan mengingatiNya. Alhamdulillah, diri ini masih terus bersangka baik dengan Allah, diri ini masih terus mengharap redha Allah, diri ini masih terus mengharapkan yang terbaik dari Allah.
Terima kasih buat ketenangan yang ku miliki ini, Ya Allah..

No comments:

Post a Comment