Saturday, September 29, 2012

Teringatkan akan saudaraku..Merindukan Kekasihku…


Dimulakan dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda yang mulia.
Tak dilupakan para mujahid mujahidah, pejuang agama yang sentiasa mengibarkan panji-panji La’ilahaillah Muhammad Rasulullah.. dan khasnya buat mereka yang gugur syahid di jalan-jalan kebenaran. Semoga Allah merahmati roh mereka.
Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang oleh Penciptaku untuk terus bernafas di muka bumi ini. Aku masih berpeluang perbaiki kelemahan diri ini, bertaubat dan menambah lagi amalan soleh. Masih dapat mencoretkan beberapa penulisan buat tatapan umat.
Sesungguhnya Allah lah yang memberi kelapangan kepada ku.

InsyaAllah, aku takkan mempersiakan kelapangan yang Dia berikan..
Sesetengah menghabiskan kelapangan waktu dengan MUKA BUKU
Sesetengah dengan STUDY
Ada pula dengan MELEPAK
Ada juga dengan MENONTON
Dan pelbagai lagi aktiviti

Namun tidak ku lupakan.. Ada sesetengah diantara mereka masih tetap menggunakan masa dengan sebaiknya..
Manusia ini, bila sesuatu yang diharapkan ada di depan mata.. tak pernah mencuba hendak menghargainya. Sebaliknya, mempersiakannya dengan begitu sahaja.
Bila ianya hilang dari sisi, baru gelisah, sibuk mencari, sibuk mengeluh itu dan ini.

Maka, gunakanlah masa dengan sebaiknya. Kerana kelak kita akan ditanya “Dengan apakah masa mudamu kau habiskan?”

Beberapa hari ini emosiku agak terganggu..banyak diam dari berkata-kata. Mungkin itu terbaik. Kerana jika banyak perkataan banyaklah salahnya, dan bila banyaknya salah banyak pula dosanya.

Sebenarnya, aku teringatkan saudaraku. Baik di Rohingya, di Syria, di Bumi Anbia (PALESTIN) khasnya, yang tak pernah sunyi dari penindasan demi penindasan, peperangan demi peperangan. entah bila bakal berakhir.
Ya Rabbi, sayunya hati mengenang kembali ketika kali pertama Islam mencapai kemenangan dalam Perang Badar.
Kini umat Islam terkontang-kanting, terkapai-kapai, terombang-ambing di sana sini.
Kalau umat Islam di Palestin syahid kerana mempertahankan diri, Negara dan ISLAM, umat Islam di Malaysia ini syahid kerana merosakkan diri, memporak-perandakan Negara dan meruntuhkan agama yang suci, Islam..

Saudara-saudaraku… Aku rindukan kamu semua..
Aku rindu semangatmu, aku rindu ketabahanmu..
Anak-anak kecil yang berumur lingkungan kanak-kanak sekolah rendah, di Palestin, di Syria mereka ditembak, dibom, disembelih oleh para musuh Islam.
Padahal, berbeza di Negara ku yang mana kanak-kanak yang berusia seperti mereka berpeluang bergelak ketawa, bersuka ria, bermain-main dan tak perlu memikirkan bila ajal akan tiba.
Ada antara anak-anak itu bertanyakan ‘Bilakah masa ku akan tiba (untuk dibunuh)’
Ya Rabbi, sampai begitu sekali semangat juang mereka..

Namun, berapa ramai umat Islam yang sedar akan hal ini? Berapa ramai umat Islam yang peduli akan hal ini? Berapa ramai diantara kaum pernah memikirkan keadaan saudara kita? Berapa ramai?
Jawapannya mudah… Tak RAMAI.
Paling-paling tidak pun hari ini kamu sibuk mencela perbuatan musuh Islam, esok lusa pula kamu mendokong perbuatan mereka dalam kamu tidak sedar.
Inikah sikap umat Islam? Umat Nabi Muhammad yang baginda rindui?
AllahuRabbi.. Ampunkan hamba-hambaMu yang hina ini Ya Allah..

Hanya berkata-kata kamu benci Israel, hanya berkata-kata kamu benci Amerika belum cukup wahai saudaraku.. belum cukup..
Sedang hatimu masih suka berbuat lagha. Sedang hatimu masih sukakan hiburan melalaikan. Andai kamu semua sedar yang kamulah telah menghina agama sendiri.
Kenapa ku katakan kita ini; umat Islam telah menghina Agama sendiri? Kerana Akhlak kita. Akhlak kita yang buruk itu telah memudahkan pihak musuh menyerang kita dari pelbagai sisi.
Akhlak Nabi Muhammad s.a.w adalah yang tertinggi yang patut kita contohi. Kerana akhlak baginda yang mulia, ramai tertarik dengan Islam. Tetapi kerana akhlak kita yang hina, ramai yang  menghina Islam..
Masakan tidak, yang dijadikan idola, yang dijadikan ikutan, yang dijadikan sanjungan adalah orang kafir..
Sibuk tiru gaya Korea,  sibuk layan Hindustan, sibuk tiru pembinaan Negara Barat, sibuk dengar lagu hard metal, sibuk mengagungkan falsafah barat.
Contoh –contoh Islam langsung tak mahu ikut. Padanlah hati menjadi keras.

Ketika aku sedang membaca Surah Maryam… kedengan suara keriuhan di luar bilik.
Ku intai dengan badanku masih bertelekung. Ku lihat 2 buah beg kertas dengan lambang  ‘M’ padanya. Ya Allah, pertama kali ku rasakan bagai hatiku disiat-siat bila melihat lambang tersebut. Rakanku mengajak untuk makan bersama namun aku melihatnya sahaja sudah tidak mampu apatahlagi mahu menjamahnya. Aku berhelah dari memakannnya.
Hati aku sedih sekali. Masih ramai umat Islam yang memandang enteng isu BOIKOT. Berapa ramai orang Melayu yang ku lihat berada di tempat terkutuk itu.. Ampunkan lah mereka Ya Allah.. mereka belum tahu.
Kenapa aku tak sanggup nak menjamahnya?
Kerana aku terbayangkan saudara-saudara se-Islam ku diluar sana yang dibunuh setiap hari hasil dari penjualan makanan itu.
Bagaimana aku tergamak untuk memakan makanan itu? Terbau-bau darah mereka. Ternampak-nampak daging-daging mereka. Terlihat-lihat mayat mereka. Oh sesungguhnya aku tidak sanggup. Tak terdaya aku.
Kuasa BOIKOT sebenarnya sangat efisien jika semua umat Islam mengambil berat.
Tapi terlalu sedikit yang menyedarinya. Terlalu sedikit yang mempedulikannya.
Ketika mana rakanku menjamah makanan itu. Aku tak sanggup melihatnya. Hati ini terasa dirobek-robek mengenang saudaraku yang terbunuh hasil jualan makanan itu.
Aku takut saudara-saudaraku yang syahid akan menuntut kelak diakhirat sana. Aku takut azab Allah.

Inilah serba sedikit perkongsian dari hati kecil ku. Aku tidak menghukum mereka. Mungkin belum terkesan di hati mereka sebagaimana terkesan di hatiku. Mungkin Allah belum lagi membukakan mata hati mereka.
Aku tak layak untuk berasa diri mulia dari mereka sedang diri ini banyak berbuat dosa..
Oleh itu, ambillah sedikit masa untuk bersama kita renungkan dan bersamalah kita perbaiki diiri. Menjadi muslim yang sejati. Semoga beroleh syurga Ilahi.
Masa ku tidak lah banyak untuk ku update blog selalu. Namun InsyaAllah akan ku cuba demi pembangunan Ummah. Demi menyahut seruan Allah dan Rasulullah .



No comments:

Post a Comment