Thursday, October 18, 2012

Cuti.. Bagaimana memanfaatkannya?

Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya untukNya pemilik sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, utusan terakhir; Nabi Muhammad SallahuAlaihiWassalam. Tidak dilupakan ahli keluarga Baginda, para sahabat yang tinggi darjatnya, para syahid dan syahidah yang gagah berani mempertahankan Islam, semoga mereka dirahmati dan diredhai oleh Allah hendaknya..

Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah kerana beri kami:Palamians untuk merasa cuti semester selama sebulan. hihi. saya tahu, ramai rakan seperjuangan yang lain jeles. sahabat di Matrik, di kolej Swasta, dan sebagainya.Tak mengapa, tempat anda juga ada keistimewaan masing-masing. Cumanya, mungkin kali ini kami lebih bernasib baik.

Walau dimana pun sahabat, saudara ku berada. Ingatlah Allah, takutlah kepadaNya dan jangan lupa mengucap syukur kepadaNya. Teruskan perjuangan mu wahai saudaraku. Menuntut ilmu juga adalah jihad. Maka, sertakanlah dengan niat kerana Allah bukan hanya kerana keduniaan semata.

Jadi,
marilah sama-sama kita manfaatkan cuti.
CHOP!!
bukan manfaatkan cuti dengan berbuat perkara lagha sepertiiii

-menonton cerita-cerita atau drama-drama yang tidak membawa kepada pemantapan iman malah menjurus kepada lemahnya iman. untuk spesifikasi; drama dan movie Korea lah kan..
-keluar berjalan-jalan ke sana sini tanpa tujuan yang sebenar. tak perlulah keluar hanya untuk Window Shopping.
-bermain game dari pagi sampai ke malam dan dari malam sampai ke pagi. itu tak bagus untuk kesihatan dan paling tidak bagus untuk perkembangan otak.


Ehhhhh. banyaklah kalau nak cerita kat sini. Sampai buntu nak menulisnya. huhuhu..

Silalah manfaatkan hari-hari dan masa-masa lapang anda dengan sebaiknya. Sebab kita tak tahu bila masa lapang itu Allah akan tarik balik dan beri pula kepada kita masa sempit.

Macam mana?
hurm...... tolonglah.. Saya pun bukanlah seorang yang pandai menguruskan masa. Selalu jugak ter'slack' sana sini. Adeh. Yang pentingnya Planning lah malam sebelum esoknya nak buat apa. InsyaAllah ia membantu.

Dan buat yang sudah mengikuti Halaqah dan Usrah, jangan pula menganggap waktu cuti ini sebagai waktu untuk men'cuti'kan diri pula. Ingat!! di Halaqah apa yang diajar itu teori, bila di rumah tanggungjawab kita untuk praktik.
Jangan lupa mutaba'ah kita. Jangan lupa untuk saling memperingatkan. okay??

hurm, apa nak buat cuti ni? any idea.
Haih.. okay, cukuplah mengeluh
Baiklah. antara cadangannya adalah..

-sila bangun pagi supaya anda dapat menikmati hari-hari anda tanpa berkurangnya masa. eceh. Diri sendiri pun bangun lambat. ish, tapi tak boleh nak salahkan jugak sebab Allah bagi cuti maka saya pun ambil kesempatan. MasyaAllah, tak patut sungguh. Janganlah mencontohi diri ini dari aspek ini, ye. hehe.

-Kurangkan menonton televisyen, kalau boleh tak perlu 'switch on' langsung. Banyak yang tak berfaedah daripada yang berfaedah. kalau dah bukak satu program mesti nak bukak yang lain juga. So, conclusion: switch off!

-Kalau diri merupakan seorang yang dahagakan ilmu dan keadaan waktu itu sangatlah membosankan, pergilah 'switch on your laptop' dan carilah informasi terkini sebaiknya informasi tentang pelajaran, tentang negara, dan segalanya yang membawa kepada perkembangan otak. Dan lebih baik lagi, jika kita tambah kan ilmu kita dengan ilmu ukhrawi. Mungkin membaca artikel akan agak membosankan, maka boleh cuba dengar atau tonton ceramah kat YouTube ke.. Menonton video ceramah UAI sangat BEST.

-kalau anda seorang yang tak reti duduk diam di rumah macam spesis adik saya, (sebab saya suka menghabiskan masa terperuk di rumah) bolehlah beriadhah pada waktu petang tu. Ataupun kalau nak keluar sangat boleh tak salah cuma kena tahu hala tuju dan tujuan. Jangan melencong, terbabas ke apa ke. dan kalau boleh keluarlah dengan mahram atau kawan yang sama jantina. Jangan lupa jaga pandangan dan jaga batasan pergaulan.

-Untuk seseorang yang dos rajinnya terlebih, bolehlah meningkatkan kepakaran anda dalam mengemas rumah dan juga memasak. Macam saya, kalau dah dos rajin meluap-luap dan bosan pun makin meningkat, apa lagi dikeluarkan segala bahan yang ada di dapur untuk dijadikan makanan. *How I Love Baking*
Seronok tau memasak. tapi tak seronok bila tak sedap atau tak jadi. hihi. But, tak salah mencuba. Belajar dari kesilapan itu kan kemestian.

Baiklah.. Ini hanyalah idea. Anda lebih bijak dari saya untuk mengatur hidup anda dan menguruskan masa anda. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala cumanya jangan pernah lupakan Allah dan selalulah perbaharui niatmu keranaNya..

No comments:

Post a Comment