Saturday, October 13, 2012

Sanah Helwah ku


Bismillahhirrohmannirrahim

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umurku untuk terus bernafas dengan udara yang telah dikurniakanNya kepada diriku. Alhamdulillah, aku masih memiliki kedua tanganku untuk terus beribadah kepadaNya. Dan dengan kedua tangan ini aku kembali menulis di sini.

Semakin bertambah umurku semakin dekat aku dengan pengakhiranku (mati). 

13 Oktober 2012, setelah sekian kalinya aku masih dapat bertemu dengan tarikh keramat buat diriku. Selamat Ulang Tahun buat diri yang bertuah ini.

Alhamdulillah, sahabat-sahabat kesayangan  yang dikasihi kerana Allah masih tetap bersama denganku. Ucapan, demi ucapan dari mereka amatlah aku hargai. Terharuuuu
Namun apa yang lebih ku harapkan adalah doa mu wahai sahabatku. Doakan diri ini supaya tetap tabah menghadapi ujian, dugaan dan cabaran hidup yang bakal mendatang. Doakan juga diri ini tetap beristiqamah dalam melakukan perubahan ini. Doakan juga kemantapan imanku, ketetapan hatiku, dan ketenangan jiwa dalam melayari bahtera kehidupan yang merupakan gurau senda semata.

Maafkan diri ini duhai manusia yang mengenaliku. Maafkan kesalahan-kesalahan hamba Allah yang hina ini. Terima kasih atas segala kebaikan demi kebaikan yang telah kalian berikan.

Rasa terharu ini tak dapat digambarkan kerana masih ada sahabatku yang ingat tarikh lahirku, sedang aku jarang sekali mengingati tarikh lahir orang lain. Walaupun ahli keluarga sendiri, bila tiba tarikh tersebut diri inilah yang lupa. Hubunganku dengan nombor sangatlah tak baik. HAHA. Justeru, aku tidak mengharapkan untuk sesiapa memberi ucapan hari lahir kepadaku. Aku sedikit tiada berkecil hati kerana bagiku, buat apalah hanya mengingati diriku melalui hari lahirku? Cuma aku berharap, ingatlah diri ini sentiasa dalam hati dan ingatan mu dan ingatlah aku dalam doa mu.
Baiklah, ucapan buat manusia sudah selesai. 

Aku mahu memberi ucapan pula buat KEKASIH HATI PENGARANG JANTUNG KU. Sang Penciptaku..

Wahai Allah,
Hari ini genaplah umurku lapan belas tahun. Aku telah hidup selama lapan belas tahun sebagai hambaMu dan sebagai khalifah di muka bumi ini.
Wahai Allah,
Hari ini aku rasa sangat bersyukur kepadaMu, kerana Engkau masih beri peluang kepada hambaMu ini untuk terus hidup dengan rahmatMu.
Wahai Allah,
Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas hadiah demi hadiah yang Kau berikan. Hadiah yang sangat berharga dan tidak ternilai.
Ya Allah, I LOVE YOU!
Ampunkan dosa-dosa silamku, dosa-dosa saat ini dan dosa-dosaku yang seterusnya. Kalau dahulu ketika berada dalam kancah jahiliah, aku banyak berbuat dosa dan alpa serta sering melupakanMu. Dan kini, ketika diri melakukan perubahan, aku berharap Engkau tabahkanlah diriku untuk terus beristiqamah menyusuri jalan kebenaran ini.
Ya Allah, ketika aku duduk melutut memohon keampunanMu dan bertaubat, Engkau menerimanya. Alangkah baiknya Engkau Ya Allah. Cuma aku yang tidak sedar dan tidak mengetahui.
Setelah itu, Engkau kurniakan pula rahmat dan kurniaMu yang cukup-cukup indah buat diri ini. Ya Allah, bermacam-macam yang Engkau berikan kepadaku cuma aku yang lalai dan tidak peduli.
Ya Allah, sudilah kiranya Engkau terima cinta ku ini. Walaupun ku tahu cinta yang ingin ku beri ini tidak mungkin seagung cintaMu, namun izinkanlah untuk aku terus-menerus menyatakan cintaku kepadaMu, Wahai Penciptaku.
Ya Allah, di Sanah Helwahku ini, aku ingin mengucapkan,
Syukran Jiddan atas segalanya. Hanya Engkau dihatiku. Hanya Engkau pemilik cintaku. Hanya Engkau berhak ke atas diriku. Peliharalah aku Ya Allah. Cantikkan lah akhlak ku, sucikanlah hatiku, mantapkanlah imanku. Ku impikan pertemuan denganMu.. dan sampaikanlah salam ku pada kekasihMu, Rasulullah sallahualaihiwassalam. Khabarkan pada Baginda bahawa hari ini, salah seorang dari umat yang dirindui Baginda telah genap umurnya 18 tahun.


Kali ini aku meraikan hari lahirku dengan lebih sederhana di mata tapi meriah di jiwa. Cukuplah bagiku untuk bertahmid dan bertasbih kepadaNya.

No comments:

Post a Comment